Pengikut

Selasa, 3 November 2009

Aroma Haji

Tanyalah pengalaman mereka yang menunaikan fardu haji dan pastinya hampir semuanya menjawab"ia adalah satu pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan"'Sememangnya ia menyeronokkandan menggembirakan. Tidak ada tempat lain yang dapat memberi perasaan dan pengalaman dalaman sehebat di Masjidil Haram, Mekah dan tidak sama dengan London, Paris atau New York. Tidak ada bandar atau bandaraya besar dunia mampu memeberi perasaan keamanan dalaman selain daripada Madinah.Kenyataan ini perlu dipercayai.
Fardu haji adalah tututan agama. Ia adalah rukun Islam yang kelima. Ia adalah tututan yang cukup besar. Menunaikan fardu haji perlu diiring dengan pengorbanan. Dalam kebanyakkan kes, kita perlu meninggalkan keluarga,kerjaya,negara dan segala-galanya hampir 30 hingga 45 hari.
Kepada seluruh umat Islam dunia Selamat Mengerjakan ibadat Haji. Amin

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...