Pengikut

Jumaat, 27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Korban, Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji adalah perayaan terbesar yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadah haji di Mekah dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya



Pada hari raya, umat Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian. Saya dan keluarga telah selamat mengerjakan sembahyang sunat Aidil Adha diimamkan oleh En. Helmi Bin Mohd Isa dan khutbah dibaca oleh suami saya En Azizul Rahman Bin Azizi.
Esok Ibadat korban akan diadakan. Ibadat korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...