Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Tahun Baru dan Semangat Baru

Semangat Baru sempena Tahun Baru 2011. Semoga tahun ini memberi kekuatan mental dan fizikal, rohani dan jasmani. Sentiasa diberkati Allah swt. sihat, diampunkan segala dosa, murah rezeki, dikurniakan anak yang sentiasa menyejuk mata, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berjaya dengan cemerlang. Amin.

Sabtu, 25 Disember 2010

Takziyah dan Ziarah



Setelah hampir 3 bulan suami saya meninggalkan kami sekeluarga, banyak urusan yang telah dibereskan. Tahlil aruah, sedekah bacaan alQuran,Urusan badal haji/upah haji, sedekah jariah, fidyah beras menggantikan puasa almarhum semasa Ramadhan, simpanan peribadi,harta alih dan harta tidak alih. Perbicaraan dimahkamah Syariah Kuang Gombak Barat dan mendengar keputusan faraid serta mendapat sijil faraid, Insuran-insuran, khariat kematian Laporan doktor, pengesahan peguam, urusan bank, bil-bil, KWSP, Cukai Pendapatan dan urusan Amanah Raya berhad( urusan di ARB) agak mudah kerana saya dan almarhum ada membuat kad wasiat sebelum ini.
Bagi wanita beriman hendaklah menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt dan mengucapkan:"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya kita akan bakal kembali". Kita harus berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mesti memberi keseimbangan berfikir. Terima segala kehendak Allah swt dengan hati yang reda. Kerana tidak ada seorangpun di dunia ini yang kekal, betapapun panjang umurnya dan tinggi pangkatnya.
Terima kasih Sahabat kami En Khidir dan Pn Marihah serta keluarga dari Rawang Perdana 2, kerana mensedekahkan batu sungai yang dizikir dan dicari oleh keluarga beliau.Kubur Almarhum sekarang dalam progress (disusun tanpa simen dan diletakkan rumput untuk menguatkan struktur tanah).Terima kasih penggali kubur yang sentiasa menjaga kebersihan kubur dan kawasan.Terima kasih sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang menziarah kubur almarhum serta menaburkan air mawar dan daun pandan setiap minggu. Dihari cuti sekolah ini saya dan anak-anak akan menziarah kubur tidak kira hari.(Bila ada masa dan ruang serta rindu yang tidak dapat dibendung lagi)

Ahad, 19 Disember 2010

Lomographer-Life in frames






'It's a form of art" walaupun hasilnya nampak blurry dan,flawed dan kadang kala poor-quality imej.Lomografi bermula awal tahun 1990an apabila Austrian company discoved LOMO LC-A (compact automat) analog kamera yang menghasilkan imej kabur atau blurry,wacky dan unik dengan menggunakan filem. Lomografi kini mempunyai worldwide fan base termasuk Malaysia.
Lomography is more fun and free-spirited berbanding tradisional photografi yang terikat dengan teknikal.Lomographers simply love the over-saturated color,off-kilter exposure and blurred images that lomography produces.
These charectoristics result from the technically flawed camera, kita sebenarnya tidak tahu apa keputusan hasilnya sehinggalah filem dicetak. Kamera Lomografi tidak terlalu mahal lebih kurang RM 250 dan kita boleh memiliki lebih dari 2 kamera mengikut fungsi.Terdapat Fish-eye lenses dan changeable flash colours yang memberi hasil yang hebat.
Lomografi adalah seni yang agak retro.Kita boleh menghasilkan pelbagai eksperimen dari hasilnya. Lomography's philosophy - shoot first, think later.

Jumaat, 17 Disember 2010

Life Must Go On




Cuti sekolah ni nampaknya terpaksa membatalkan hasrat balik kampung kerana banyak urusan harus diselesaikan.Urusan anak yang masih belum habis periksa SPM kertas ekonomi,urusan keputusan faraid di mahkamah,urusan harta pusaka di Amanah Raya Berhad, urusan bank dan lain-lain lagi. Sebagaimana kata-kata suami saya sebelum dia meninggal dunia."Jika apa-apa terjadi pada aku, kamu mesti tabah meneruskan hidup,Life must go on". Satu hari suntuk di KL packing kereta di Sogo dan bawa anak-anak menyelesaikan urusan dengan menaiki teksi dan jalan kaki.Setakat ni urusan berjalan lancar dengan berkat Allah swt.
Bawa anak-anak berjalan ke Pasar Seni setelah lama tak pernah berkunjung. Enjoy tengok hasil karya lukisan dan barangan kraf. Paling enjoy ke Creative photo.

Sabtu, 27 November 2010

Maznah, Leo Burnett Advertising Tanniah Eddy Nazrullah Kancil Award 2010



Tahniah Eddy Nazrullah kerana berjaya meraih Award Kancil 2010.
Ex-student SMKRawang yang pernah menjadi Pengerusi Kelab Fotografi. Cikgu amat berbangga kerana Eddy Graduate UiTM Mass-com kini telah berkerja sebagai Copywritter di Leo Burnett Advertising.
Paling sedih semasa saya berjumpa Eddy di Majlis kenduri Nurul Nadia dan Abu Zar. Eddy mencari Almarhum En Azizul(my hubby) kerana ingin memberitahu kejayaannya.Eddy pernah berkerja di Brain &Brawn Comm.suami saya semasa cuti semester dan dia banyak belajar tentang Advertising sebenar. Kalau suami saya ada tentu dia juga turut berbangga.

Jumaat, 26 November 2010

Panduan dan Amalan Bagi Muslimah Solehah-FEQAH UNTUK WANITA

Kebahagian yang sebenar hanya dalam mengamalkan agama dengan sempurna. Buku ini cuba memaparkan secara khususnya mengenai panduan untuk menjadi wanita solehah, yang patuh dan taat kepada Allah swt dan Nabi saw serta suami.
Sesungguhnya buku ini menjadi panduan kerana tiada lagi suami saya untuk bertanya tentang ilmu feqah dan bertukar-tukar fikiran.
Nabi saw bersabda bahawa wanita itu ialah tiang negara, apabila baik wanita dalam sebuah negara, maka baiklah negara tersebut, apabila buruk wanita dalam sebuah negara maka akan buruklah negara.

Rabu, 24 November 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010

SPM 2010
Selamat Menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia anakanda Aiman Asyran Binti Azizul Rahman. Walaupun ayahanda telah tiada, nasihat, dorongan dan doa beliau pasti menjadi azimat berguna semasa menghadapi peperiksaan. Doa bonda dan adinda Aiman Hakeem, Aiman Aisyah dan Aiman Asiqin sentiasa mengiringi kekanda Aiman. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita, sihat, dapat menjawab peperiksaan serta berjaya dengan cemerlang. Amin.
Hati dan perasaan merupakan sesuatu yang unik untuk diperkatakan. Ketenangan  hati penting untuk memastikan kawalan emosi stabil dan rasional.

Isnin, 22 November 2010

Jenazah dan Menziarahi Kubur


Islam tegas melarang meratapi keluarga yang meninggal dunia. Bagi wanita islam beriman hendaklah menyerah segala-galanya kepada Allah dan ucapkanlah: "Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadanya kita akan dikembalikan ". 
Begitu juga tidak halal bagi wanita memakai pakaian serba hitam bila meninggalkan seseorang atau bertakziyah lebih dari 3 hari kecuali atas meninggalnya suami.
Para ulama memang berselisih  faham mengenai menziarahi kubur bagi wanita. Ada diantaranya mengatakan makruh tanzih dan ada yang mengatakan  makruh tahrim. Sedangkan ramai yang berpendapat  boleh menziarahi kubur asalkan tidak menimbulkan fitnah. Wallahualam.
Berkata al-Qadhi:"Dan terkadang dikatakan  tidak terjadi semua itu (maksudnya tidak mendedahkan perhiasan dan tidak menangis kuat-kuat) maka tidak ada  alasan untuk tidak mengizinkan  kaum wanita menziarahi kubur, Kerana ingat akan mati itu perlu, sama ada lelaki mahupun wanita.
Setiap minggu saya dan anak-anak serta kakak-kakak almarhum suami saya akan menziarahi kubur mengingat akan mati adalah perlu.

Ahad, 21 November 2010

Melunak Sabar Dalam Berharta

Harta adalah jambatan mencari kemanisan . Ada 2 perkara yang sukar dalam dunia ini. Pertama, mentadbir harta dan kedua mentadbir anak-anak. Jika di rujuk kepada al-Quran dan al- Hadis. banyak terdapat peringatan dan ayat-ayat yang menyinggung aspek ini.
Allah swt berpesan:"Wahai orang-orang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan", (al-Munafiqun:9)


Ahad, 7 November 2010

Iddah

Iddah dari segi bahasa ertinya menghitung, sedangkan istilah Fiqah ialah masa menunggu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah ditetapkan oleh syarak ke atas seorang wanita yang bercerai mati atau bercerai hidup.
Maka seorang wanita masih tetap harus menunggu beberapa tempoh tertentu dimana ia belum boleh berkahwin atau menjaga syarat yang lainnya. Allah telah mensyariatkan iddah, kerana dalam iddah itu mengandungi beberapa hikmat yang tidak ternilai harganya dan merupakan salah satu sumber peraturan hidup. Bagi isteri yng menjadi balu yang kematian suaminya, waktu iddah itu melihatkan hormatnya terhadap suami dengan berkabung.

Status Iddah:
1. Iddah perempuan yang kematian suami - 4 bulan 10 hari
   Rujuk:(Q.S. al-Baqarah:234)
2. Iddah perempuan yang bercerai hidup dan masih mengalami haid- 3 kali haid dan diselang masa
   suci.
3. Iddah wanita tua dan wanita  yang tiada haid ialah 3 bulan
4. Iddah wanita hamil, maka tunggu sampai ia melahirkan kandungannya

*Kiraan mestilah berpandukan bulan hijriah maksudnya tidak ada 31 hari dalam  kiraan bulan Islam.
Ada beberapa kawan sekerja yang bertanya sampai bila saya mesti berkabung dengan memakai baju yang warnanya tidak menyerlah seperti merah atau kuning dan saya tampil tanpa perhiasan diri dan tanpa mekap. Jawapan saya sehingga cukup iddah iatu 4 bulan 10 hari. Ada seorang rakan saya yang hampir pencen berkata tak perlu ikut sangat itu semua adat katanya. Saya terkejut dan meminta dia banyak membaca  buku Feqah kerana Iddah adalah hukum Allah dan bukan hukum ciptaan manusia.
Dalam Iddah saya mesti berkabung dan menjaga kehormatan suami. Saya mesti membataskan segala perkara yang membawa keseronokan kecuali menguruskan perkara-perkara penting dengan ditemani anak-anak. Melainkan menjalankan perkara wajib iaitu pergi berkerja, membeli barang keperluan harian,menguruskan anak-anak dan lain-lain bersesuaian.

Ahad, 10 Oktober 2010

Suami Saya En,Azizul Rahman Bin Azizi Telah Kembali Kerahmatullah


    Selepas balik dari seminggu bercuti raya di kampung (Bkt Chandan Kuala Kangsar Perak) suami saya masih lemah. Kalau tahun lepas masih boleh mengimamkan sembahyang sunat hari raya di surau kampung, tahun ini dia tak dapatpun pergi sembahyang sunat hari raya aidil fitri. Ustaz Effendi dan team darul shifa serta jiran-jiran datang pada malam 19.9.10 kerana suami saya nampak agak sakit. Pada 23.9.10 ada temu janji dengan Doktor pakar di Hospital Selayang. Tetapi pada 20.9.10 suami saya telah masuk ke wad kecemasan. Hasil result endoskopi; dr beritahu saya bahawa suami saya mengalami kanser pangkreas yang tidak boleh diselamatkan lagi. Tetapi hati saya masih berharap suami saya akan sembuh. sebelum ni doktor membuat macam-macam andaian; suami saya sakit gastrik, ulser, jangkitan kuman pada hati dan lukimeia. Keesokkannya suami saya dibawa dengan ambulan ke Jabatan Redioterapi dan Onkologi. Disana dia ditempatkan di wad 3c & 3d kerana akan dibuat rawatan kimoterapi Semakin hari suami saya semakin lemah dan tidak ceria kerana dia tidak suka suasana di dalam bilik wad HKL yang sunyi tidak seperti suasana hospital Selayang yang cerah dan ceria. Dalam masa 7 hari kanser stage 4 suami saya telah merebak ke hati dan buah pinggang. Saya meminta kebenaran DR Aminuddin pakar kanser pangkreas dan dr Harry supaya transfer suami saya balik ke Hospital Selayang kerana suami saya lemah dan saya mahukan kami ada kualiti life dengan anak-anak yang dekat dan mudah datang melawat serta saya tidak perlu jauh travel ke HKL dari Rawang. Pagi 28.9.2010 suami saya akan bertolak dengan ambulan ke Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha memanggil saya pagi tersebut memberi tahu bahawa keadaan suami saya nazak dan saya tidak boleh tinggalkan dia. Didalam ambulan  ada Dr Siti dan Nurse,saya meminta kakaknya Yong dan anak saudara Ilham menemani suami saya manakala saya menyusur dengan kereta. Pagi tu hujan tetapi kereta tidak banyak saya sampai dahulu sebelum ambulan. Suami saya dibawa ke zon Merah bahagia kecemasan kerana nafasnya semakin lemah, Dr lelaki berbangsa Cina memanggil saya mengucapkan kalimah Allah  dan La illah ha illallah di telinganya saya sempat mencium dan memohon maaf diatas segala kesalahan.
Sahabat baik kami En Ismail (Mero) dan juga jiran kami juga ada disisi mengingatkan kalimah Allah. Suami yang sangat saya sayangi telah pergi buat selama-lamanya pada 28.9.10 tepat pukul 11.20 pagi.
Innalillah hi wa inalillah hi rojiun.

Sabtu, 18 September 2010

Sambutan Syawal dan Rumah Tertutup

Bersyukur kita kerana dipanjangkan usia dan berpeluang sekali lagi meraikan bulan yang penuh kemuliaan iaitu Syawal. Hari Raya tahun ni disambut alakadar kerana suami saya yang sakit hampir 3 bulan terbaring di ruang tamu. Walaubagaimanapun kami mengambil kesempatan balik kampung di Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak. Saya yang tidak pernah drive dalam perjalanan jauh terpaksa memberanikan diri driving estima. Sekali lagi saya terpaksa membatalkan hasrat balik kampung saya di Kulim Kedah kerana kesihatan suami tak mengizinkan.
Kepada semua ahli keluarga, saudara yang jauh dan dekat,jemaah surau Nur Ikhwan, sahabat ,jiran, serta kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat,sumbangan sedekah,cenderahati Terima Kasih hanya Allah maha mengetahui. Terima kasih juga kerana sentiasa mendoakan kesihatan suami saya. Mohon berbanyak maaf suami saya sebagai Imam Surau Nur Ikhwan tidak dapat menjalankan tugas 20 hari dalam bulan Ramadhan hingga kini kerana masih lemah(kurang selera makan).

Ujian Menghapuskan untuk Dosa

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." Abdullah bin Mas'ud r.a

Sabtu, 14 Ogos 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Antara siang dan malam
Beribadat dengan ikhlas kepada Allah memenuhi 2/3 malam dengan solat dan tadarus menginsafi diri dan memohon  keampunan, agar diri di jalan yang sentiasa benar.
Semoga ditemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini di tahun hadapan, IsyaAllah.

Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan

Ramadan Greeting Cards - Kartu Ucapan Ramadhan - Alhabib Islamic Greeting Cards

Ahad, 1 Ogos 2010

Batu Pemberat

Batu boleh bertukar rupa kepada sesuatu yang baru walaupun tak boleh berubah bentuk. Sayangnya batu tak boleh bercakap. Jika kita mempunyai masa lapang dan dapat mengutip batu di sungai, kita boleh mentranformasikan batu dalam pelbagai rupa.


Jumaat, 23 Julai 2010

Soft Sculpture- Cup Cakes

Masih bercerita tentang cup cakes yang menjadi soft sculpture. Sapu tangan sebagai door gift dan hiasan. Walau bagaimanapun cup cakes menjadi trend masa kini sebagai pengganti  hantaran dan kek hari jadi.

Jumaat, 16 Julai 2010

Cup Cakes-Pembungkusan Kreatif

Kek Cawan kini menjadi trend sebagai hadiah / menggantikan 'kek paun' yang besar. Ianya mudah di makan dan tidak membazir. Pembungkusan antara kepentingannya adalah mudah dibawa, terjaga kebersihan produk terutama makanan, mengawal keselamatan dan fizikal barangan daripada rosak, mudah di simpan serta dapat memelihara mutu produk.

Jumaat, 9 Julai 2010

Catan -Pokok Pemandangan Ruang Terbuka

Lukisan yang berjaya seharusnya menunjukkan keadaan ruang terbuka berpandu grid perspektif yang betul. Pengolahan garisan berjaya menimbulkan kesan bentuk, jalinan dan ton warna. Setiapa hasil karya hendaklah kemas,bersih dan menarik.
Jangan lupa proses lorekan berasaskan sumber cahaya. Beri perhatian kepada bahagian yang cerah dan gelap.

Ahad, 4 Julai 2010

Gula

Kurangkan gula dalam minuman dan tambahkan gula dalam senyuman.

Bunga Kering Terapi Minda

Walaupun negara tiada 4 musim, yang ketara musim hujan dan musim panas. Bunga boleh dipetik pada waktu pagi sebelum ianya dikeringkan dengan cara digantung tangkai dan bunga kebawah. Hindarkan dari cahaya ataupun terbalikkan bunga dan luruskan batang bunga untuk disimpan di dalam buku tebal. Tujuan pengeringan bunga di tempat gelap supaya warna bunga kekal. Banyak idea boleh dihasilkan dengan bunga kering sebagai terapi minda. Ok layan........hobi ini.

Sabtu, 29 Mei 2010

Batik digital Batik Dimensi Baru

Batik Digital batik series are designed exclusively by combining traditional chanting technique with digital printing making it unique and making you be the sole model of the design.The Digital Batik Series- are design to highlight the details of the motives.The Digital Batik  - are designed for the young ones and those who are young at heart.
Batik Digital Crape ini amat selesa dan sememangnya cantik.




Selasa, 25 Mei 2010

Mural - Lukisan dinding

Mural lukisan dinding. Penat memikirkan tugasan baru (mural luar pagar sekolah) Masih belum ada idea lagi.

Selasa, 18 Mei 2010

Katil Selesa Tidur Lena

Lebih baik suasana bilik digelapkan sewaktu hendak tidur, elak menonton televisyen sebelum tidur. Fungsi katil hanya untuk tidur, bukan tempat menyiapkan kerja-kerja sekoah/pejabat. Tetapkan masa untuk tidur dengan membaca bahan ilmiah.
Saya merenung lama peringatan untuk tidur sempurna dari sebuah artikel majalah Anjung Seri, Ada kewajarannya namun itu yang lazim kita ingkari. Amat jarang kita berehat dengan berbaring-baring di atas katil sambil bersembang/mengelamun.Yang paling kerap berlaku melabuhkan badan di atas katil kerana KEPENATAN berkerja seharian.
Bak kata pelukis terkemuka Itali Leonardoda Vinci,"a day well spent procures a happy sleep...."

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010

Terima kasih ucapan "Selamat Hari Guru" dari blogger, cikgu-cikgu dan rakan-rakan sepejuangan, pelajar-pelajar serta sesiapa yang mengenali saya. Rasa dihargai dan terharu.
Kepalang menjadi guru ,sebutir pasir dijadikan intan, seketul batu dijadikan berlian,
Sekelas murid dijadikan insan, Semoga Allah memberkati dan meredhai kita,
Selamat Hari Guru


Sabtu, 8 Mei 2010

BBQ Kambing - Taman Rawang Perdana Rawang Selangor

Taman Rawang Perdana Rawang adalah sebuah kawasan perumahan yang terletak berdekatan bandar baru Rawang.Surau Nur Ikhwan atau dikenali surau bbq kambing; turut menerima tempahan. Kini tuan-tuan dan puan-puan juga dapat menikmati bbq kambing yang diusahakan oleh En Helmi. En Helmi boleh dihubungi melalui no telefon 012 9332709 atau boleh melayari laman sesawang www.bbqkambing.blogspot.com

Jumaat, 7 Mei 2010

Kolaj Mozek

Kolaj adalah seni potong, koyak dan tampal. Jika bahan di tampal dan di susun secara terancang ianya akan menimbukan kesan objek yang menarik. Seni ini diperkenalkan oleh Pablo Picasso di Eropah semenjak tahun 1800 lagi. bahan yang biasa digunakan ialah carikan kertas berwarna,keratan akhbar, kepingan zink, perca kain dan kepingan /bahan yang nipis dan lain-lain.


Selasa, 4 Mei 2010

Happy Birthday My Unfroggetable Hubby

Selamat Hari Lahir Semoga diberkati Allah sentiasa dalam rahmatNya. Dikekalkan jodoh hingga akhir hayat. Dipermudahkan segala urusan ,murah rezeki dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin.

Sabtu, 1 Mei 2010

Selamat Hari Pekerja -Rihat Jiwa dan Minda; Wing Chair

Selamat Hari Pekerja. Malaysia. Rihat jiwa dan minda bila dapat terlelap sekejap atas wing chair. Saat yang tak dapat disampaikan dengan kata-kata lupa kerja dan lupa dunia. Tetapi.....income tax belum e-filing lagi.

Jumaat, 30 April 2010

Kitar Semula ; Catan - atas sarang telor

 Bila kita membeli telur untuk kegunaan keluarga kita boleh kitar semula dengan melukis di atasnya tanpa perlu mencatan di atas kanvas. Idea ni boleh digunakan sebagai bahan mengajar, dan hiasan pada dinding sekolah  atau rumah selain ianya nampak cantik ianya juga dapat menyerap bunyi.


Ahad, 25 April 2010

Hari Bumi 2010 - Earth Day 2010

Many Malaysians have responded to the call made last Earth Day to create a Green Generation. "Becoming a mother  has triggered my desire to become more environmentally friendly. As a family, we have been taking various steps to green our lifestyle throughout the year........... on a personal level, I've upgraded my home to be more eco-friendly.



Isnin, 19 April 2010

Kaligrafi dan Khat

Maksud kaligrafi adalah tulisan indah. Penulis kaligrafi dikenali sebagai calligrapher atau dalam bahasa arab disebut al-khatat. Terdapat pelbagai jenis tulisan kaligrafi antaranya: tulisan Roman,Gothik dan Teks. Jenis-jenis tulisan khat adalah Kufi,Nasakh,Riq'a, Diwani Jali Thuluth Farsi Diwani dan Raihani.
Teringat lecturer saya di Uitm yang mengajar Kaligrafi Tuan Hj Hashim, dan lecturer tulisan khat Tuan Hj Idris Salam. dan tak lupa guru yang mengajar darjah 1 Cikgu Sara Terima kasih (saya dikenali sebagai guru tulisan cantik dari saya kecil hingga kini).
Kaligrafi rumi (rujukan)
 Tulisan Khat (Rujukan)


Ahad, 18 April 2010

Batik Malaysia

Pelajar tingkatan 4 seronok explore batik dalam bengkel Seni. Pelajar diberi pilihan menghasilkan batik tulis atas kertas sebagai kad ucapan atau atas kain sebagai cenderahati. Dalam Seni batik pelajar harus tahu mengendalikan janting dan lilin panas. Terdapat 4 jenis batik iaitu batik tulis/lukis/janting, batik skrin, batik blok dan batik pelangi(ikat dan celup).
batik lukis flora dan fauna (sebagai rujukan)
Proses menjanting batik atas kain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...