Pengikut

Ahad, 7 November 2010

Iddah

Iddah dari segi bahasa ertinya menghitung, sedangkan istilah Fiqah ialah masa menunggu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah ditetapkan oleh syarak ke atas seorang wanita yang bercerai mati atau bercerai hidup.
Maka seorang wanita masih tetap harus menunggu beberapa tempoh tertentu dimana ia belum boleh berkahwin atau menjaga syarat yang lainnya. Allah telah mensyariatkan iddah, kerana dalam iddah itu mengandungi beberapa hikmat yang tidak ternilai harganya dan merupakan salah satu sumber peraturan hidup. Bagi isteri yng menjadi balu yang kematian suaminya, waktu iddah itu melihatkan hormatnya terhadap suami dengan berkabung.

Status Iddah:
1. Iddah perempuan yang kematian suami - 4 bulan 10 hari
   Rujuk:(Q.S. al-Baqarah:234)
2. Iddah perempuan yang bercerai hidup dan masih mengalami haid- 3 kali haid dan diselang masa
   suci.
3. Iddah wanita tua dan wanita  yang tiada haid ialah 3 bulan
4. Iddah wanita hamil, maka tunggu sampai ia melahirkan kandungannya

*Kiraan mestilah berpandukan bulan hijriah maksudnya tidak ada 31 hari dalam  kiraan bulan Islam.
Ada beberapa kawan sekerja yang bertanya sampai bila saya mesti berkabung dengan memakai baju yang warnanya tidak menyerlah seperti merah atau kuning dan saya tampil tanpa perhiasan diri dan tanpa mekap. Jawapan saya sehingga cukup iddah iatu 4 bulan 10 hari. Ada seorang rakan saya yang hampir pencen berkata tak perlu ikut sangat itu semua adat katanya. Saya terkejut dan meminta dia banyak membaca  buku Feqah kerana Iddah adalah hukum Allah dan bukan hukum ciptaan manusia.
Dalam Iddah saya mesti berkabung dan menjaga kehormatan suami. Saya mesti membataskan segala perkara yang membawa keseronokan kecuali menguruskan perkara-perkara penting dengan ditemani anak-anak. Melainkan menjalankan perkara wajib iaitu pergi berkerja, membeli barang keperluan harian,menguruskan anak-anak dan lain-lain bersesuaian.

4 ulasan:

Haron Mokhtar berkata...

Sesungguhnya hukum Allah sangat jelas dan sempurna. Lalui ia denga penuh kesabaran dan ketakwaan. Tiada yang bermakna dalam hidup ini, melainkan taat kepada hukum Allah. Mudah2an Allah memberi kekuatan dan ketabahan buat Cikgu Akmar melalui ketentuanya ini...

ME berkata...

Semoga Allah memberi ketabahan & kekuatan untuk cikgu dan keluarga melalui ujian ini.

mimilavender berkata...

Sahabat..Hendaklah kita taat kepada hukum ALLAH.Insyaallah hidup kita akan diberkati ..

Norakmar binti Yusoff berkata...

Assalamualaikum, Terima kasih kepada Cikgu Haron,ME dan Mimilavender.
Sesungguhnya saya mesti berserah kepada Allah. "Sesungghnya kita ini milik Allah dan kepada-Nya kita akan di kembalikan". kerana tidak ada seorangpun di dunia ini yang kekal, betapa panjanpun umurnya dan tinggi pangkatnya.
Sokongan sahabat dan kawan-kawan adalah kekuatan dan keseimbangan fikiran.Semoga kita sentiasa diberkati -Nya.Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...