Pengikut

Sabtu, 25 Disember 2010

Takziyah dan Ziarah



Setelah hampir 3 bulan suami saya meninggalkan kami sekeluarga, banyak urusan yang telah dibereskan. Tahlil aruah, sedekah bacaan alQuran,Urusan badal haji/upah haji, sedekah jariah, fidyah beras menggantikan puasa almarhum semasa Ramadhan, simpanan peribadi,harta alih dan harta tidak alih. Perbicaraan dimahkamah Syariah Kuang Gombak Barat dan mendengar keputusan faraid serta mendapat sijil faraid, Insuran-insuran, khariat kematian Laporan doktor, pengesahan peguam, urusan bank, bil-bil, KWSP, Cukai Pendapatan dan urusan Amanah Raya berhad( urusan di ARB) agak mudah kerana saya dan almarhum ada membuat kad wasiat sebelum ini.
Bagi wanita beriman hendaklah menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt dan mengucapkan:"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya kita akan bakal kembali". Kita harus berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mesti memberi keseimbangan berfikir. Terima segala kehendak Allah swt dengan hati yang reda. Kerana tidak ada seorangpun di dunia ini yang kekal, betapapun panjang umurnya dan tinggi pangkatnya.
Terima kasih Sahabat kami En Khidir dan Pn Marihah serta keluarga dari Rawang Perdana 2, kerana mensedekahkan batu sungai yang dizikir dan dicari oleh keluarga beliau.Kubur Almarhum sekarang dalam progress (disusun tanpa simen dan diletakkan rumput untuk menguatkan struktur tanah).Terima kasih penggali kubur yang sentiasa menjaga kebersihan kubur dan kawasan.Terima kasih sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang menziarah kubur almarhum serta menaburkan air mawar dan daun pandan setiap minggu. Dihari cuti sekolah ini saya dan anak-anak akan menziarah kubur tidak kira hari.(Bila ada masa dan ruang serta rindu yang tidak dapat dibendung lagi)

3 ulasan:

LeeMeroArt berkata...

Allah amat menyayanginya...al-fatihah buat Arwah Jun yg Lee kenali sejak menjejakkan kaki ke Uitm hingga akhir hayatnya....banyak memori indah yang tersimpan dalam ingatan....

shami2 berkata...

Salam ziarah akma...

Doa dari kami sekeluarga buat almarhum dan juga akma dan anak2 semoga tabah menghadapi kehidupan dunia yg sementara ini..semoga kita sama2 beroleh kejayaan hidup didunia dan akhirat..

Norakmar binti Yusoff berkata...

Terima kasih sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan memberi pertolongan ,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semua ini akan menambahkan kekuatan saya meneruskan kehidupan dan menguruskan anak-anak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...