Pengikut

Ahad, 10 Oktober 2010

Suami Saya En,Azizul Rahman Bin Azizi Telah Kembali Kerahmatullah


    Selepas balik dari seminggu bercuti raya di kampung (Bkt Chandan Kuala Kangsar Perak) suami saya masih lemah. Kalau tahun lepas masih boleh mengimamkan sembahyang sunat hari raya di surau kampung, tahun ini dia tak dapatpun pergi sembahyang sunat hari raya aidil fitri. Ustaz Effendi dan team darul shifa serta jiran-jiran datang pada malam 19.9.10 kerana suami saya nampak agak sakit. Pada 23.9.10 ada temu janji dengan Doktor pakar di Hospital Selayang. Tetapi pada 20.9.10 suami saya telah masuk ke wad kecemasan. Hasil result endoskopi; dr beritahu saya bahawa suami saya mengalami kanser pangkreas yang tidak boleh diselamatkan lagi. Tetapi hati saya masih berharap suami saya akan sembuh. sebelum ni doktor membuat macam-macam andaian; suami saya sakit gastrik, ulser, jangkitan kuman pada hati dan lukimeia. Keesokkannya suami saya dibawa dengan ambulan ke Jabatan Redioterapi dan Onkologi. Disana dia ditempatkan di wad 3c & 3d kerana akan dibuat rawatan kimoterapi Semakin hari suami saya semakin lemah dan tidak ceria kerana dia tidak suka suasana di dalam bilik wad HKL yang sunyi tidak seperti suasana hospital Selayang yang cerah dan ceria. Dalam masa 7 hari kanser stage 4 suami saya telah merebak ke hati dan buah pinggang. Saya meminta kebenaran DR Aminuddin pakar kanser pangkreas dan dr Harry supaya transfer suami saya balik ke Hospital Selayang kerana suami saya lemah dan saya mahukan kami ada kualiti life dengan anak-anak yang dekat dan mudah datang melawat serta saya tidak perlu jauh travel ke HKL dari Rawang. Pagi 28.9.2010 suami saya akan bertolak dengan ambulan ke Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha memanggil saya pagi tersebut memberi tahu bahawa keadaan suami saya nazak dan saya tidak boleh tinggalkan dia. Didalam ambulan  ada Dr Siti dan Nurse,saya meminta kakaknya Yong dan anak saudara Ilham menemani suami saya manakala saya menyusur dengan kereta. Pagi tu hujan tetapi kereta tidak banyak saya sampai dahulu sebelum ambulan. Suami saya dibawa ke zon Merah bahagia kecemasan kerana nafasnya semakin lemah, Dr lelaki berbangsa Cina memanggil saya mengucapkan kalimah Allah  dan La illah ha illallah di telinganya saya sempat mencium dan memohon maaf diatas segala kesalahan.
Sahabat baik kami En Ismail (Mero) dan juga jiran kami juga ada disisi mengingatkan kalimah Allah. Suami yang sangat saya sayangi telah pergi buat selama-lamanya pada 28.9.10 tepat pukul 11.20 pagi.
Innalillah hi wa inalillah hi rojiun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...