Iddah dari segi bahasa ertinya menghitung, sedangkan istilah Fiqah ialah masa menunggu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah ditetapkan oleh syarak ke atas seorang wanita yang bercerai mati atau bercerai hidup.
Maka seorang wanita masih tetap harus menunggu beberapa tempoh tertentu dimana ia belum boleh berkahwin atau menjaga syarat yang lainnya. Allah telah mensyariatkan iddah, kerana dalam iddah itu mengandungi beberapa hikmat yang tidak ternilai harganya dan merupakan salah satu sumber peraturan hidup. Bagi isteri yng menjadi balu yang kematian suaminya, waktu iddah itu melihatkan hormatnya terhadap suami dengan berkabung.
Status Iddah:
1. Iddah perempuan yang kematian suami - 4 bulan 10 hari
Rujuk:(Q.S. al-Baqarah:234)
2. Iddah perempuan yang bercerai hidup dan masih mengalami haid- 3 kali haid dan diselang masa
suci.
3. Iddah wanita tua dan wanita yang tiada haid ialah 3 bulan
4. Iddah wanita hamil, maka tunggu sampai ia melahirkan kandungannya
*Kiraan mestilah berpandukan bulan hijriah maksudnya tidak ada 31 hari dalam kiraan bulan Islam.
Ada beberapa kawan sekerja yang bertanya sampai bila saya mesti berkabung dengan memakai baju yang warnanya tidak menyerlah seperti merah atau kuning dan saya tampil tanpa perhiasan diri dan tanpa mekap. Jawapan saya sehingga cukup iddah iatu 4 bulan 10 hari. Ada seorang rakan saya yang hampir pencen berkata tak perlu ikut sangat itu semua adat katanya. Saya terkejut dan meminta dia banyak membaca buku Feqah kerana Iddah adalah hukum Allah dan bukan hukum ciptaan manusia.
Dalam Iddah saya mesti berkabung dan menjaga kehormatan suami. Saya mesti membataskan segala perkara yang membawa keseronokan kecuali menguruskan perkara-perkara penting dengan ditemani anak-anak. Melainkan menjalankan perkara wajib iaitu pergi berkerja, membeli barang keperluan harian,menguruskan anak-anak dan lain-lain bersesuaian.