Pengikut

Rabu, 21 Disember 2011

Homestay in Gallery-Haron Mokhtar


Bermalam di homestay dalam bilik yang dihiasi hasil seni dan karya HARON MOKHTAR . Selain itu , pelukis juga memberi perkhidmatan untuk para pelajar , para guru dan rakan baru yang ingin mendalami ilmu seni lukis terutama cat akrilik dan cat air. Homestay in gallery sedia menawarkan pakej ini. Untuk keterangan lanjut hubungi KULAAN STUDIO dengan menghantar emel ke haronm63@gmail.com atau 016-2857872 / 03-32244073

 Ruang mencari ilham
 Diantara ruang bilik yang selesa
Semoga Homestay  in Gallery  Cikgu Haron Mokhtar bertambah maju.

Isnin, 12 Disember 2011

Selamat Hari Jadi Aiman Hakeem -11.12.1995


Selamat Hari Jadi ke-16 Aiman Hakeem. Didoakan semoga sentiasa diberkati Allah sihat dan berjaya dengan cemerlang didalam kehidupan dunia dan akhirat.Tercapai segala cita-cita. Meraikan Aiman Hakeem dengan masakan dari air tangan emak; nasi beriani, dalca daging dan masak kurma telor.
Terima kasih Keluarga uncle Mero; aunty Kelly, Kak Yong Aqila Shamila, Abang Ngah Azhad dan Alia Syamila yang sudi celebrate birthday Aiman Hakeem keluar malam ni dengan Aisyah dan Asyiqin  sambil menonton 'Ombak Rindu'. (Dah 2 tahun sambutan Hari Jadi tanpa Almarhum En Azizul Rahman)

Kenangan bersama Ayah

Sabtu, 10 Disember 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh

daripada www.harian-metro-online
Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
(share : FB-Dato' Dr Haron Din)

Jumaat, 9 Disember 2011

Catan-Warna Air (Karya Haron Mokhtar)



CatanWarna Air
Karya Haron Mokhtar
Imej:Google
CATAN
Catan air ialah hasilan seni yang dihasilkan di atas pelbagai permukaan kertas (biasanya dalam bentuk dua dimensi) dengan menggunakan media basah. Penggunan warna dan berus ditekankan untuk menghasilkan karya seni ini.
Bahan: Cat air
Bahantara: Air
Pengilat : Gam Arab .  Ciri-cirinya bersifat lutsinar/ legap jika warna terus daripada tiub.
Warna puteh kertas memberikan kesan cahaya pada catan. Catan yang menggunakan cat air kelihatan lebih lembut dan halus penghasilannya.
Teknik-teknik cat air:
1.Basah atas basah (wet on wet)
Warna dicairkan terlebih dahulu dan disapu keatas kertas yang dibasahkan. Teknik ini akan menghasilkan kesan lutsinar. Ia merupakan teknik paling istimewa dan dramatik bagi media cat air serta paling sukar dikawal sapuan warnanya. Pelukis perlu mengenalpasti kadar kelembapan kertas hasil daripada sapuan warna terdahulu sebelum membuat sapuan warna berikutnya bagi mendapat kesan yang dikehendakinya.
2. Basah atas kering(wet on dry)
Cat air yang telah dicairkan disapu keatas permukaan kertas atau lapisan warna yang kering. Teknik ini merupakan teknik yang paling kerap digunakan kerana kesesuaian dengan beberapa jenis media dan dikawal dari segi sapuan warna. Teknik ini dapat menghasilkan kesan lut sinar.
3.Kering atas basah (dry on wet)
Warna cat air daripada tiub disapu ke atas permukaan kertas yang telah dibasahkan terlebih dahulu atau disapu dengan warna cair.
4.Kering atas kering (dry on dry)
Warna cat air daripada tiub disapu pada permukaa warna yang telah kering. Teknik kering  atas kering ini dapat memberikan kesan kering berlegap yang mampu menimbulkan kesan jalinan.
Teknik cat air yang lain:
1.      Teknik renjisan-kesan renjisan menggunakan berus gigi atau berus/spontan.
2.      Teknik padam-Kesan pancaran cahaya menggunakan pemadam pensel.
3.      Teknik span-digunakan sebagai peralatan mewarna menggantikan berus.
4.      Teknik garam-menabur garam halus atas permukaan dan dibiarkan kering.
Catan Warna Air
Karya:Haron Mokhtar
Media: Catan Warna air
Karya Haron Mokhtar
Catan Warna Air
Karya :Haron Mokhtar
 Imej: Google


Khamis, 8 Disember 2011

Haron Mokhtar -Kekalkan Warisan Negara

Raja Turun Meminang 1 dan Raja Turun Meminang 11
Arkrilik atas Kanvas  77cmx102cm
2011
Haron Mokhtar bersama mantan pensyarah Fakulti KSSR ,YM Prof. Raja Zaahabuddin
Perasmian Pameran solo Haron Mokhtar bertajuk;WARISAN.
Diadakan di Galeri Pelita Hati Kuala Lumpur pada 23 September- 22 Oktober 2011 

HARON MOKHTAR : Kekalkan  WARISAN NEGARA
Petikan dari; Prof. Madya Dr.Mohd Johari Ab. Hamid
 (Dedikasi Anakanda Aiman Asyran Binti Azizul Rahman- Dip.Fine Art UiTM Seri Iskandar Perak)

Masyarakat kita memang kaya dengan seni dan warisan. Tetapi jika tidak ada usaha untuk memelihara seni  dan warisan itu, pasti a akan terkubr begitu saja. Malah,sehingga kini kita dapati beberapa seni warisan kita sememangnya telah terkubur sedikit demi sedikit. Penulis tidak perlu menyenaraikan jenis-jenis seni warisan yang terkubur itu. Tentulahlah antara factor yang sering diungkapkan ialah arus pembangunan moden hari ini mungkin telah ‘memusnahkan’ semuanya itu.
Usaha yang dilakukanoleh pelukis Haron Mokhtar bagi merakamkan kembali sebahagian seni warisan Negara wajar dipuji. Beliau cuba merakamkan kembali secara visual sebahagian kecil seni warisan seperti seni bina, rumah-rumah Melayu tradisi, Bangunan –bangunan colonial, alat pengangkutan awam dan cara kehidupan soaial masyarakat dahulu.  Kaedah yang digunakan oleh Haron Mokhtar itu amat mudah dihayati khalayak seni. Beliau menggunakan cat arkrilik di atas kanvas. Walaupun, sebenarnya penuls melihat Haron mampu menggunakan apa saja media seperti cat minyak dan cat air. Pengolahan imejan pula mudah difahami. Paparan secara realisti  pada beberapa imejan amat bermakna yang dapat mewakili  warisan tinggalan sejarah bangsa kita. Imej seni bina lama yang dipilih itu sungguh unik. Bentuk seni  bina itu sendiri dapat mengamit nostalgia kepada generasi terdahulu yang hidup di bawah penjajahan. Walaupun Haron tidak memberi penekanan secara detail dari aspek seni  reka seperti kadar banding, betuk dan sebagainya namun khalayak masih dapat menghayati  karya itu sehingga tamat. Apatah lagi bangunan-bangunan itu semakin kurang diberi perhatian hanya kecuali yang setelah diwartakan sebagai harta seni warisan Negara. Antaranya bangunan stesen keretapi Tanah Melayu, stesen keretapi Ipoh, Muzium Ipoh, Masjid-masjid lama di Kelantan, Perak, Kedah dan Melaka serta rumah tradisi Melayu di serata tempat di Malaysia.
 Bagi memudahkan kefahaman khalayak, Haron telah membahagikan ruang kanvas ini kepada dua  bahagian. Bahagian atas dilukis imej warisan dan di bawah diletakkan figura sebagai pelengkap penceritaan. Figura-figura ini tidak berdiri sendiri. Mereka disokong oleh elemen-elemen persekitaran hidup yang difikirkan sesai lagi menarik. Haron mendokong watak-watak itu dengan busana zaman lampau. Kenderaan gajah, kereta lembu, lanca dan sebagainya. Penulis pasti yang Haron tidak sesuka hati meletakkkan watak-watak tadi sekiranya tidak berkaitan dengan penceritaannya. Walaupun kadangkala mungkin ada yang bertanya, apakah hubungannya dengan kenderaan atau rombongan bergajah itu dengan latar seni bina warisan itu? Tradisi perarakan gajah oleh golongan bangsawan seperti sultan dan pembesar-pemesar dahulu memang berlaku. Sasana yang menarik dan unik itu yang cuba disampaikan oleh Haron dalam karya-karya  seninya.
Kenangan manis tinggal dikampung-kampung Melayu suatu ketika dahulu dengan cirri-ciri kehidupan yang memerlukan perkongsian antara satu sama lain juga dipaparkan dalam karya itu. Antaranya berkongsi telaga,menangkap ikan, mengerjakan sawah bendang, bermain dihalaman rumah dan sebagainya. Haron tidak lupa meletakkan busana yang sesuai dengan zaman itu. Berkain batik, berpelikat dan berbaju kurung atau kebaya. Manakala lelakinya berbaju Melayu dan berkain pelikat.
Haron mengunakan latar belakang warna-warna sekunder yang lembut lagi meyakinkan. Warna-warna memberikan ruang dan keseleseaan serta tidak menganggu konsentrasi penghayat seni. Ini juga sebahagian dari  identity Haron Mokhtar jika kita mengimbau kembali sebahagian dari karya-karya seni yang terdahulu. Apabila menghayati karya-karya seni seperti ini, khalayak seni inginkan ketenangan, kedamaian atau yang dapat memberikan kenangan. Samada melibatkan pengalaman lampau, kenangan masa lalu atau sesuatu peristiwa yang sukar dilupakan. Pada pandangan penulis, karya seni seperti itu lebih berkesan dan melekat dihati mereka. Pelukis boleh memilh apa saja objek yang mudah dan biasa dilhat. Tetapi, dengan kreativiti  yang ada maka pelukis dapat mencorak karya mereka dengan lebih berkesan lagi. Sudah semestinya karya seni yang dihasilkan itu sekurang-kurangnya dapat memberikan sesuatu sumbangan kepada seni warsan Negara.
Kehidupan Haron dengan lukisa-lukisan bertemakan rumah-rumah tradisi seperti ini seakan-akan senonim  dan sebati pada dirinya. Penulis kagum dengan kebolehan pelukis ini yang begitu tekun mahu menggangkat semula seni kebudayan dan warisan negara  agar terus terpelihara. Dari penhayatan kita terhadap karya-karya beliau itu, kita dapat merasai yang kita sememangnya telah kehilangan seni warisan itu.
Sumbangan yang diberikan leh Haron Mokhtar wajar dicontohi oleh pelukis-pelukis angkatan baru. Kemampuan dan kebolehan belau sebagai pelukis sudah teruji dan sukar dinafikan lagi. Ini data dibuktikan dari beberapa hadiah utama yang dimenanginya sepanjang penglibatan beliau sebagai pelukis lebih dari dua puluh tahun. Tambahan pula penglibatan beliau dalam profesion pendidikan memberkan kelebihan kepada beliau untuk terus mendidik para pelajar serta pelapis generasi baru untuk terus meminati bidang seni visual.
Haron Mokhtar juga serng diemput untuk mengadakan pameran-pameran sama ada secara perseorangan atau berkumpulan sama ada di dalam atau luar negara .Lukisan-lukisan beliau menjadi tarikan utama dan menjadi pilihan untuk menghiasi dinding- dinding rumah,pejabat dan sebagainya.Kenangan paling manis dan tidak dapat dilupai sepanjang bergelar pelukis ialah apabila 22 buah lukisan beliau dipilih untuk menghiasi ruang –ruang istana KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan. 

Raja Turun Meminang IV
Arkrilik atas kanvas 77cmx102cm
2011
 Mandi Perigi Waris I
Arkrilik atas Kanvas 69cmx99cm
2011

Haron Mokhtar - Tokoh Seni Tanah Air



HARON MOKHTAR
Berasal dari Simpang Lima Sungai Besar. Dilahirkan pada 29.08.1963.
Mendapat pendidikan awal di SK Simpang  (190-1975), SMK Sg Besar Saak Bernam Selangor (1976-1982 memperolehi Sijil  SPM,STPM)
Pendidikan:
Tahun 1983 sehingga 1987 melanjutkan pelajaran di UiTM dan mendapat BA in Fine Art (Panting,Printing). Pada tahun 1988 memperolehi Art Teachers Diploma (Pendidikan Seni) untuk bertugas sebagai guru.
Pekerjaan:
Beliau pernah mengajar sebagai Guru Penolong di SMK Meradong Serikei Sarawak (1989-1990). Pernah berkhidmat sebagai Penyelia Petang dan Penolng Kanan HEM di SMK Telok Gadong Klang, Selangor (1994-1998). Mulai Julai 198 sehingga kini bertugas di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor sebagai  Guru Kanan Kemanusiaan.
Penglibatan Seni:
Haron Mokhtar terlibat dan berpengalaman dalam dunia seni catan bermula di alam persekolahan lagi. Pada tahun 1987 beliau memenangi Hadiah Utama Pertandingan Bakat Muda Sezaman anjran Balai Seni Lukis Negara (BSLN) Kuala Lumpur. 1988 mendapat Hadiah Utama Pertandingan Melukis ITM, UiTM Shah Alam. Pada tahun 2002 memenangi tempat kedua dalam pertandingan Melukis Landskap Selangor, Balai Senilukis Shah Alam Selangor (BSLSA). Tahun 2005 Hadiah saguhati Pertandingan Melukis Peristiwa Sejarah (SAKSI) Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur. Pada tahun 2007 beliau mendapat Hadiah Saguhati dalam Pertandingan Melukis Sempena Kemerdekan ke 50 (MEKARCITRA) anjuran BSLSA ,Shah Alam Selangor. Tahun 2010 beliau mendapat Hadiah Kedua dalam pertandingan MEKARCITRA Kemerdekaan ke 53, Selain itu beliau juga pernah mengadakan Pameran perseorangan. Antaranya Siri Kaseh Sayang-1994,BSLSA, Persuit In Penang1999, Artist Space, Hotel Concord Shah Alam dan Siri Atas Bawah Pusaka-2005, Galeri Pelita Hati Bangsar Kuala Lumpur.
Beliau juga banya menyertai pameran berkumpulan di dalam dan luar Negara mulai 1985 sehingga kini.  Antaranya:
Pameran Kelantan Indah,Pameran terbuka Malaysia, Pameran Craf and Flower , Sarawak, Pameran Landskap Taman Negara , Daya Bumi, Pameran ASEAN BANKERS, Menara May Bank, Kuala Lumpur, Pameran Women And Women, Pesuruh Jaya Tnggi Australia, Pameran Pelukis-pelukis Muda Singapura, Thailand, Indonesia, Filiphina dan Brunei. Pameran Terbuka BSLSA, Pameran Pelukis Malaysia – Argentina,Pameran Philip Morris BSLSA, Pameran Tanpannya Budi, UKM Bangi, Pameran SAKSI dan lain-lain.
Teraru beliau telah menyiapkan 22 keping karya  (Siri Mengadap Sultan) untuk Koeksi Kebawah Dli Sultan Selangor. Sebagai pendidik dan ahli masyarakat, beliau juga terlibat sebagai Pengubal Sukatan Pelajaran Seni Visual (STPM), Jurulatih Utama danPentaksir STPM peringkat Kebangsaan dan Negeri, Penyemak Kertas 2 – Lukisan STPM (MPM), sebagai guru seni Visual Tingkatan 6 Atas dan 6 Rendah di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam.
Aktiviti lain:
Selain itu belau sering dijemput member ceramah dan motivasi, hakim  pertandingan seni visual peringkat IPTA/IPTS dan sekolah seluruh Negara.Beliau juga terlibat dalam AJK Taman Seri Bedena, Surau Nurul Huda Kg Sg. Lias dan Setiausaha Khairat Kematian surau tersebut.
 Antara catan Haron Mokhtar:

Wawasan 2020
Siri Atas Bawah Pusaka 2005
Galeri Pelita Hati Bangsar Kuala Lumpur

                                 Persuit In Penang -1999 Artist Space, Hotel Concord,Shah Alam Selangor

Rabu, 30 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

gambar dari google image
Salam Maal Hijrah 1433H, Semoga tahun baru ini memberi kita semangat baru dan segala perancangan dipermudahkan Allah swt. Maju jaya dalam kehidupan dunia dan akhirat serta sentiasa diberkati Allah.

Sabtu, 12 November 2011

Jemputan ke Majlis Konvokesyen IKN 2011

" Terima Kasih" Institut Kraf Negara Rawang Selangor kerana sudi menjemput Guru-guru Pendidikan Seni Visual dan pelajar-pelajar ke SMK Rawang  ke Majlis Konvokesyen pada 9 November 2011
 Pelajar-pelajar Tingkatan 2 Rafflesia, 2 Alamanda dan 2 Yasmeen diiringi oleh Pn Khalidah, Pn Norakmar, Pn Zuraida dan Pn Suhana


Kami diberi masa 10.00 pagi hingga 12.30 tghari melawat gerai jualan (Lawatan Berpandu)
  
Pn Khalidah ,saya dan cikgu-cikgu lain mengambil kesempatan membeli hasil produk pelajar seperti almari ukiran, rak buku dengan harga berpatutan. Seperti biasa tak ketinggalan membeli kain batik tulis hasil kerja siswa-siswi IKN yang berkualiti.

Pelajar diberi peluang mencuba mencanting batik dengan harga RM 3 satu design dengan bantuan pelajar IKN
Pn Khalidah sedang bersama produk pelajar yang telah kami borong.

Pelajar diberi taklimat ringkas tentang Institut Kraf Negara
Sebelum balik kami diberi beg cenderahatidari pihak IKN.
Terima kasih Daun Keladi Lain Kali jemputlah lagi.
Pada 12 November 2011 IKN sekali lagi menemput 2 orang guru Pendidikan Seni Visual menghadiri Bengkel Ukiran Kayu dari pukul 8.30-12.30 thari.
Guru diwakili Pn Norakmar dan Pn Zuraida

Ahad, 30 Oktober 2011

Happy Diwali 2011

dari google images
Happy Diwali to all and warmest wishes for this Festival of Lights
Kepada all my hindus teachers and students.
9 hari cuti yang panjang dan menenangkan.

Selasa, 11 Oktober 2011

Wasiat, Kepentingan & Prosedur

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan  secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya yang diuruskan selepas berlaku kematiannya.
Dalil Wasiat - Wasiat dibenarkan dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil al-Quran, Sunnah Nabi saw amalan sahabat dan ijmak ulamak.
Dalam al-Quran, Allah berfirman: (Pembahagian itu) iaitu sesudah diselesaikan wasiat oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. - suarah An-Nisa': 11
Alhamdulillah saya telahpun melunaskan hutang-hutang agama arwah suami iaitu puasa, zakat dan upah haji.

'Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut Sunnah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.
                                                                                            -Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Faedah Penulisan Wasiat;
  1. Pelantikan Wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
  2. Dapat menzahirkan hasrat dan pegagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.
  3. Menjamin masa depan insan yang disayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
  4. Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.
  5. Mengurang bebanan yang ditanggung oleh waris yang ditinggalkan.
Doa saya semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya dengan Amanah Raya Berhad. Rumah almarhum suami yang tiada penama yang akan saya jualkan.(Arwah suami juga tidak mengambil MRTA -pinjaman Bank Islam Berhad.) Sepatutnya pihak Bank perlu menetapkan pembeli  mengambil MRTA supaya tidak membebankan keluarga yang ditinggalkan.
 Proses-proses Membuat Wasiat;
Datang ke Amanah Raya atau agensi Perundingan Kewangan Islam bertauliah, Si Pembuat wasiat perlu mengisi Borang Wasat Terakhir. Borang ini perlu dihantar ke Amanah Raya. Si Pembuat wasiat akan menerima sekeping kad Wasiat.
Apabila dia meninggal, waris boleh membawa kad wasiat ke Amanah Raya untuk rujukan. Pihak Amanah Raya akan memanggil semua waris yang berkenaan.
Si pembuat wasiat akan diberi borang Wasiat. Di dalamnya si pembuat wasiat perlu menulis dan menyenaraikan harta dan hutang jika ada. Setiap satu perlu disertakan salinan dokumen berkaitan. Borang ini perlu lengkap dan menjadi rujukan kelak. Si pembuat wasiat boleh menulis sebarang pesanan akhir kepada waris. Hantar borang ke Amanah Raya untuk di simpan. Bayaran hanya RM 350 untuk seumur hidup.
*Pindaan Wasiat boleh meminda semula wasiat yang dibuat sekiranya belum meninggal dunia. Bayaran RM 25 untuk pindaan pertama.

Ahad, 2 Oktober 2011

Janji Allah....mati itu Pasti


Sebenarnya blog saya telah lari dari konsep sebenar setelah suami kesayangan saya telah pergi buat selama-lamanya. Janji Allah swt itu benar bahawa mati itu pasti berlaku. Setelah genap setahun ketiadaan suami saya rasa amat kehilangan. Dulu saya  kuat semangat tapi kini saya hari-hari menangis sehingga bengkak mata apabila bangun dari mimpikan arwah, semoga Allah memberkati hidup saya dan anak-anak. Hawa dicipta untuk menemani Adam; kejadian hawa daripada rusuk kiri Adam dekat dengan degupan jantung. Tanpa Adam tiada Hawa. Tanpa perempuan tiada lelaki. Cendiakawan pernah berkata 'disebalik lagenda lelaki, mesti berdiri srikandi perempuan'.
Kalau tidak secekal Ibrahim, jangan mahukan setabah Hajar. Jika tidak sejujur Usman jangan inginkan sesetia Nailah, kalau tidak sekacak Yusof jangan anagankan secantik Zulaikha. Jika tidak sebijak Sulaiman jangan hendakkan sepandai Balqis. Jika tidak seteruna Ali, jangan idamkan sesuci Fatimah dan jika tidak seagung Muhammad, jangan mimpikan semulia Khadijah.
Cinta perlukan pengorbanan dan keikhlasan.
Kenangan Syawal terakhir tahun lepas......
 Ramadhan terakhir di kampung





     
Terima kasih kepada sanak-saudara dan sahabat handai yang menziarahi arwah semasa Syawal terakhir tahun lepas.
Cikgu Zainal dan keluarga dari Ipoh dan Cikgu Norizan dan keluarga dari Kedah datang menziarah dan berhari raya.
Terima kasih kerana menziarah dan beraya... 

Sabtu, 1 Oktober 2011

Perginya Ramadhan dan Syawal


How do I love tree? Let me count the ways..., kata penyair Inggeris, Elizabert Berett Browing. Sebab cinta ada banyak bentuk dan cara, kita yang bukan penyair pun boleh mengira aspek kecintaan mengikut keberuntungan masing-masing.Membaca sonata ini ketika bersantai, tercetus dalam fikiran saya: ada berapa banyak carakah untuk bersyukur? Let me count the ways.......
Mula-mula sekali, saya ingin bersyukur kerana boleh bernafas. Aksi mudah sedut dan hembus oksigen. Saya bersyukur kerana anak-anak sihat dan dapat menurut perintah Allah. Semoga mereka menjadi penyejuk mata kami. Ketika menulis, saya bersyukur atas nikmat dilahirkan di Malaysia yang baru sahaja menyambut kemerdekaan ke 54.Kita boleh membilang kelebihan dan nikmat yang harus disyukuri sehingga subuh senarainya tidak akan habis.Sering sahaja saya alpa dan mengganggap kehidupan sebagai hak mutlak.  Angkuh sungguh manusia apabila mengganggap dirinya bebas merdeka daripada takdir Tuhan.
Ramadhan dan Syawal telah meniggalkan kita. Sememangnya bulan Syawal dan Ramadhan sarat dengan kesedaran. Hawa dan udara juga berbeza. Perginya Ramadhan dan Syawal bulan yang menyiram baja keimanan dalam suasana kalut dan sibuk.
Ketika berada di Hospital Selayang Selangor

Ramadhan dan Syawal terakhir tahun lepas ;Almarhum suami saya telah diberi Allah swt  beberapa peluang terakhir berpuasa dan bertarawih. Menunaikan solat 5 waktu sepanjang berada di hospital Selayang danKuala Lumpur dengan bantuan sahabat-sahabat ketka mengambil wudhuk serta berpeluang berhari raya di kampung berjumpa sanak saudara dan sahabat dekat dan jauh. Terima kasih Allah.walaupun terlalu singkat peluang diberi tapi saya redha dengan ketentuan Mu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...