Pengikut

Ahad, 9 Januari 2011

Back to School 2011

Rasa macam tak cuti sekolah!.  Saya dan anak-anak dah mula ke sekolah pada 3.1.2011.
Penat sebagai Penyelaras Tingkatan 4, Guru Pusat Sumber Sekolah- Perpustakaan, Guru Pend. Seni Visual Tingkatan 5, 4 dan 3 dan lain-lain jawatan lagi. Sebelum ni sibuk dengan persediaan  barang-barang anak-anak kembali ke sekolah. Terima kasih kepada kakak-kakak ipar yang sedekah wang persekolahan anak-anak. Terima kasih juga sahabat baik suami saya En Mail dan keluarga menyumbangkan buku tulis untuk Asyiqin.
Terima kasih Hjh Halimah yang sedekahkan beras dan lain-lain pada 10 Muharam lalu. Sesungguhnya saya harus menerima hakikat bahawa saya kini hidup sendiri bersama anak-anak. Sedihnya.............Kepada semua yang masih mengingati dan masih bertahlil buat almarhum suami saya dan kami sekeluarga; Doa kami hanya Allah sahaja yang yang dapat membalasNya. 4.1.2011 dah 100 hari suami saya meninggalkan kami.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...