Pengikut

Ahad, 16 Januari 2011

Brain & Brawn Communication Sdn Bhd. -Ziarah kali terakhir


Pada 26 November 2010 yang lalu genap pemergian almarhum suami saya Azizul Rahman B Azizi 60 hari. Saya dan anak-anak megambil keputusan ziarah office suami Creative Director/creative Head di Brain & Brawn Communication Sdn Bhd di Rampai Business Park Wangsa Maju Kuala Lumpur buat kali terakhir mengambil barang-barang peninggalan arwah. Sedih dan pilu.
Semoga Allah permudahkan segala urusan keluargaku. Tiada apa-apa yang istimewa kerana kami cuma menerima slip tunggakan hutang yang dihalalkan(Tanpa pengetahuan arwah), barang-barang berupa diary dan beberapa painting. Sekali lagi arwah suami saya tidak buat apa-apa perjanjian black & white. Pada 15.01.11 saya menerima surat kompaun SSM: Apakah status suami saya?
Semasa balik anak-anak saya diberi wang sedekah RM50 drp En Yasry Hisham sahabat suami sejak kecil.

1 ulasan:

shami2 berkata...

Salam akma..

Sabar akma, harta yg paling berharga adalah anak2 kita ..insyallah anak2 yatim sentiasa Allah pelihara. Janji Allah benar...pengalaman ibu mertua saya juga hampir sama ..dia menjadi balu pada usia lebih kurang akma juga, dan hanya surirumah sahaja......suami saya bekerja sambil belajar menanggung mak dan adik2...hasrat nak masuk U diluar negara dibatalkan ...disaat akhir..sebab adik2 juga...Allah Maha Mengetahui..
Macam2 kerja dia buat ..RM50 ringgit adalah nostalgia dia bekerja dan dibayar gaji sebanyak itu..duit KWSP ayah jadi rebutan...
Itulah kisah suatu waktu dulu. Moga Allah anugerahkan kesabaran berpanjangan pada kita semua bagi hidup yg sementara ini.
Kala mengaji malam2 dikedai kami sekeluarga sentiasa panjatkan doa buat semua tmsk allahyarham...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...