Pengikut

Sabtu, 5 Februari 2011

Happy New Year & Happy Birthday to Me!

Tahun ini usiaku 45 tahun. Menyambut secara sederhana dengan acara menziarahi kubur Almarhum suami saya Azizul Rahman B Azizi yang genap 130 hari dengan bacaan Yassin dan tahlil dibawa oleh Anak lelaki saya Aiman Hakeem. Dari rujukan Majalah MIDI tulisan Dr Aizan wanita 40an perlu mengamalkan kehidupan bermasyarakat secara positif yang dapat menyokong pengukuran emosi bagi menghadapi usia 40-an. Aktiviti kebajikan juga dapat meningkatkan kualiti emosi ke arah yang lebih baik.(Orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.
Aspek utama dalam persediaan ialah dekat diri kepada Allah samada melalui ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan menunaikan haji. Begitu juga ibadat sunat seperti zikir, sedekah, membaca al-Quran, tolong-menolong dan dan melakukan perkara baik. Amalan paling berkesan ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan solat Tahajud (Bangun tidur dan beribadat pada akhir malam bagus untuk membersih hati)
Mulai bulan Febuari ini SEMEKAR telah mempunyai seorang Pengetua Baru:Pengetua Cemerlang dari SMK Taman Keramat Pn Hjh Norma menggantikan Pn Hjh Mazlah Husssein yang dipindah ke SMK Sg Choh dan Penolong Kanan 1 Pn Ho dari SMK Tengku Abdul Rahman Batu Arang Rawang menggantikan Pn Hjh Norseha Manaf yang dipindah ke SMK Bandar Tasik Puteri Rawang.
Semoga suasana baru ini memberi lebih semangat dan kekuatan baru mengantikan suasana sekolah sebelum ini yang tegang, emosi dan penuh air mata.

2 ulasan:

ME berkata...

Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 45. Semoga cikgu diberi ketabahan dan ketenangan darinya dan semoga Allah memberi kekuatan untuk cikgu mencurahkan ilmu dan semangat kepada semua murid cikgu.

Norakmar binti Yusoff berkata...

Terima kasih ME.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...