Pengikut

Selasa, 8 Mac 2011

The Story Book Diary

Mulai dari sekarang saya menulis cerita kenangan bersama Almarhum Azizul Rahman B Azizi di dalam 'The Story Book Diary' memaparkan flash-back 100 hari terakhir tanda dan saat kematian serta mengimbau kembali 9 tanda-tanda saat kematian suami saya.
'Story Book Diary' juga memaparkan coretan kenangan anak-anak ketika bersama ayah mereka.Saya juga membenarkan anak-anak menulis didalam buku ini.Terdapat juga gambar-gambar dilekatkan dalam bentuk kolaj. Kertas dan bahan saya beli; PYSSLIG di IKEA.
9 Tanda -tanda saat Kematian
1.     100 hari seluruh badan bergegar
2.     60 hari pusat rasa bergerak-gerak
3.     40 hari daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan jatuh dan malaikat maut pun datang   
        kepada orang dengan nama yang tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-
        kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan 
        sering kelihatan seperti sedang rungsing.
4.    7 hari mengidam makanan
5.    5 hari anak lidah bergerak-gerak
6.    3 hari bahagian tengah dahi bergerak-gerak
7.    2 hari seluruh dahi rasa bergerak-gerak
8.    1 hari terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar
9.    Saat akhir terasa sejuk bahagian pusat hingga ke tulang solbi  (Bahagian belakang badan)
       Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda-tanda akir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan
       lagi bercakap-cakap.

      Ehsan dari Jualan amal Madrasah Tahfiz al-Quran Darul Riyadh. Rantau Panjang  Kelantan.

2 ulasan:

shami2 berkata...

salam akma & anak2

Teruskan aktiviti bersama2 anak2 tersebut.
Saya sekeluarga sentiasa menyokong dari jauh.
Tak pernah lupa hadiahkan bacaan ayat2 suci pada almarhum....semoga kuat dan tabah menjalani hidup ini.

Norakmar binti Yusoff berkata...

Salam,Terima kasih shami2,lama tak jumpa rindulah pulak.teringat saat-saat kematian Almarhum June ditemani sahabat-sahabat. Terima Kasih banyak-banyak Shami2 dan suami yang berada disisi arwah dan kami sekeluarga.Semoga sentiasa diberkati Allah berbahagia dan berjaya dalam business.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...