Pengikut

Ahad, 24 April 2011

Berita Pantas

Kalau dulu, apabila ada perkara penting nak disampaikan, kita akan menggunakan perkhidmatan telegram. Kini, perkhidmatan ini dah tiada lagi .... saya tengok kat laman web pos malaysia, tiada pun disebutkan akan perkhidmatan ini. Tetapi saya percaya masih ada perkhidmatan ini disediakan terutama untuk menghantar berita ke luar negara.
Kini teknologi telah mengambil tempatnya. Bila masa berlalu, yang lama telahpun dilupakan. Dulu, ia merupakan antara perkhidmatan yang tersangat penting. Berita2 kematian, saman, atau apa saja berita yang memerlukan respon segera pasti akan menggunakan telegram. Saya pernah menerima telegram daripada UiTM (ITM) yang menawarkan Kursus AD30 Arts Teachers' Diploma pada tahun 1991. Telegram dikirim supaya saya segera mendaftar diri di Bahagian Kemasukan Rekod Pelajar UiTM Shah Alam, Selangor. Saya juga pernah menerima ucapan Selamat Hari Jadi melalui telegram yang saya tak dapat paparkan disini kerana tiada dalam simpanan.

Bagaimana sejarah telegram ini bermula?
Ia dicipta oleh Samuel F. B. Morse, telegram sebagai alat perhubungan pantas. Ia mula dipopularkan pada tahun 1920an. Ia merupakan satu alat yang penting dan dianggap murah daripada telefon. Tarif telegram dikira berdasarkan jumlah karaktor atau huruf dalam mesej yang dihantar. Semakin panjang mesej yang ingin disampaikan... semakin mahallah tarif yang dikenakan. Kerana itulah ia lebih senang dan popular digunakan bila nak kirim berita ke luar negara.
 (Petikan /rujukan bangku kosong)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...