Pengikut

Isnin, 2 Mei 2011

Diraikan Sahabat vs Jiran Sebelah

Restoran Ayam Penyet Berapi Gombak

Baru-baru ni Sahabat vs Jiran sebelah Keluarga En Ismail dan Pn Khalidah (Uncle Mero dan Aunty Kelly) telah membawa saya dan anak-anak makan malam di Restoran Ayam Penyet Berapi Gombak. (Sebenarnya orang yang diraikan adalah Kakak Aiman Asyran). Terima kasih banyak-banyak.Selepas tu kami pergi window shopping di night market gombak.

En Ismail adalah sahabat suami saya sejak kecil yang berlangsung dari persahabatan bapa mereka En. Azizi dan En Mutalib. Persahabatan menjadi semakin erat bila suami saya sama-sama belajar tingkatan 6 di Ipoh sebelum ke tingkatan 6 atas SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar Perak, bekerja di P.Pinang dan sama-sama belajar di Fakulti sama School of Art and Design UiTM 1986-1990. Suami  & saya , Mero & Kelly dari fakulti yang sama telah berkahwin dan pernah hidup serumah selama 6 bulan selepas kami berkahwin, apabila saya dan suami berpindah dari Seremban ke Kuala Lumpur. Ketika itu, Mero tinggal seorang kerana Kelly bertugas di SMVMuar Johor yang balik bila hujung minggu. Kami tinggal bersama dari saat saya megandung 6 bulan sehingga melahirkan anak pertama, sebelum kami berpindah ke Desa Pandan Kuala Lumpur. Terima Kasih banyak-banyak. Tidak semua orang dapat bertahan hidup dua keluarga dalam satu rumah
Sebenarnya hubungan persahabatan merupakan suatu 'gift' atau pemberian Allah swt kepada semua makhluk yang bernafas dibumi ini yang tidak ternilai harganya. Hubungan yang berlaku pada hakikatnya sebenarnya berkait-rapat dengan hubungan darah (keluarga). Oleh itu, hubungan yang tidak berkaitan langsung dengan hubungan darah barulah dikategori sebagai hubungan persahabatan.
Persahabatan umpama tangan dan mata . Ketika tangan terluka, mata menangis, dan saat mata menangis, tangan menghapuskan air mata. Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi.
Terima kasih keluarga Mero dan Kelly yang menjadi penjaga, penasihat keluarga saya setelah suami saya kerahmatullah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...