Pengikut

Rabu, 4 Mei 2011

Umur,Ilmu dan Penampilan - Hjh Siah Binti Abu Bakar dalam Kenangan


Umur, ilmu dan penampilan.... 3 perkara ini yang saling berkait. Apabila berumur kita sering bertanya dalam diri, "Sudah cukup ilmu yang aku miliki?" Selain ilmu dunia tidak dinafikan ilmu akhirat harus dikejar. Jika diusia ini ada yang masih tidak ingat tentang perkara tersebut..... sedarlah dari kealpaan. Penampilan? Ramai dikalangan kita wanita yang agak keliru dengan penampilan bersesuaian usia. Usah takut bergaya asalkan sopan dan sederhana. Kecantikan diusia 40an & warga emas tidak hanya terletak pada fizikal malah kecantikan spiritual lebih dipandang tinggi. Jika anda memiliki kedua-duanya sudah tentu ianya suatu kelebihan.
Teringat semasa emak tinggal bersama keluarga saya selepas pencen kerana katanya duduk dengan cikgu tak sunyi balik awal. Emak tinggal dengan saya dari 1997-2005. Emak terpaksa balik ke Kulim kerana mendapat slot dialisis jauh iaitu di Hospital Sg Buluh. Sebelum tu emak saya mengidap sakit buah pinggang pada 2004 dan menjalani dialisis di Edina Hemodialisis Pusat Bandar Rawang dan Hospital Selayang. Memang berat hati menghantar emak balik ke Kulim kerana jarak Hospital Kulim dari rumah adik saya di Taman Mutiara Sg Kob Kulim lebih dekat berbanding Rawang ke Sg Buluh. Walaupun emak ke hospital untuk rawatan dialisis dia tetap nampak sihat macam hendak ke pejabat cantik dan bergaya sehingga menjadi model dialisis hospital Selayang dan Kulim. Saya hari-hari akan telefon emak sehingga bila dia telah tiada rasa amat kehilangan. Semasa bersama adik dan ipar saya emak telah dihantar ke Pusat Jagaan Harian Warga Emas Sg Kob Kulim Kedah. Di situ emak dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan pelbagai aktiviti sementara menunggu adik saya datang menjemput pukul 5.00 petang.
Kini sempena mengingati Hari Jadi emak yang jatuh pada 3.5.1942 saya terbayangkan waktu sama-sama menyambut Hari Lahir Suami 2.5.1965  dan emak di Restoran makanan Itali. Emak pengorbanan mu tak ternilai.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...