Pengikut

Ahad, 21 Ogos 2011

Jemputan Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadhan & Aidilfitri 1432

Masjid Nurul Iman Rawang Selagor
Saya dan anak-anak telah menerima jemputan ke Masjid Nurul Iman Rawang Selangor pada 17 Ramadhan 1432H/17 Ogos 2011M (Sabtu)
Majlis di mulakan 5.15 petang di dahului ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis dan doa oleh  Tuan Imam Masjid. Kemudian Ucapan oleh Sdr. Ilham Akhbar Bin Harun Nazir Masjid, Ucapan Tn Md Sabri Bin Md Taib Ahli Majlis Zon 19, MPS, Ucapan YBhg. Ust. Ahmad Nazri Bin Ibrahim Penghulu Mukim Rawang 1 dan Ucapan YB Cik Gan Pei Nei ADUN Rawang.
Penyampaian Sumbangan kepada Surau-surau di Zon 19 MPS disampaikan oleh Tn Md Sabri Md Taib dan sumbangan hamper kerajaan Negeri kepada anak-anak yatim. Pihak Masjid memberi sumbangan duit kepada anak-anak yatim yang berdaftar.  3 anak saya bawah 15 tahun  kini telah yatim dan semoga kami tabah menghadapi Bulan Ramadhan terutama 10 hari terakhir.
Majlis berbuka puasa diiringi juadah istimewa nasi beriani. Selepas solat maghrib kami sekeluarga bertolak balik sembahyang Isyak dan sembahyang sunat terawih, witir  serta tazkirah di Surau Nur Ikhwan Tmn Rawang Perdana.
Terima kasih kepada semua pihak.
Tahun lepas suami saya masih diberi peluang Allah swt merasai Ramadhan terakhir 1431 sebelum kembali kerahmatullah pada 19 Syawal 1431H Semoga rohnya sentiasa dicucuri Allah swt. Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...