Pengikut

Jumaat, 30 September 2011

Wasiat Terakhir dan Mengenang Genap Setahun Pemergian Suami

28 September 2011 (bersamaan 30 Syawal) genap setahun pemergian Almarhum Azizul Rahman Bin Azizi suami ku yang tercinta. Pemergianmu kami ratapi, air mata mengiringi perjalananmu kedestinasi. Seterusnya tanpamu kami kesunyian sedangkan masih terbayang senda gurau dan petikan gitarmu. Suamiku kau takkan luput dalam ingatan kami sampai bila-bila. Namun kami rela pemergianmu kerana kami tahu Dia lebih menyayangimu. Wasiat agama dari Amanah Raya Berhad menjadi ingatan; "Pertamanya ku mohon kemaafan dari kalian semua seandainya ada salah dan silapku, yang mana pernah ku lakukan selamaini. Kemaaafan yang tidak terhingga sekiranya aku gagal menunaikan tanggungjawabku terhadap kalian semua.
Wahai anak-anak dan isteri dan keluarga ku yang ku kasihi sekelian. Dengar baik-baik pesanan dari ku ini.
Sekarang tiada lagi keinginan yang kuimpikan melainkan secebis doa dari kalian semua yang masih hidup. Lebih-lebih lagi doa dari anak-anak ku kasihi sekelian kerana itulah antara amalan yang akan menyelamatkan daku dipersemadian ini.
Aku berpesan kepada kalian semua agar berimanlah pada ALLAH, Tuhan pencipta sekelian alam, empunya segala bentuk keizinan, punca segala kudrat dan tenaga. Berimanlah kepada mlaikat-malaikat Allah, beriman kepada Kitab-kitab Allah. Beriman kepada Rasul-rasul Allah, beriman kepada hari Khiamat serta beriman kepada Qada' dan Qadar Allah.
Aku juga berpesan kepada kalian semua agar bertakwalah kepada ALLAH, Tuhan yang mencipta kita. Dialah juga yang mematikan kita semua. Kerjakan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji ke Baitullah, jika mampu dan taatlah Allah swt di mana saja kita berada.
Tinggalkan kejahatan dan kemaksiatan kerana ia bukan sahaja dimurkai Allah tetapi dibenci oleh manusia. Ingatlah, sekali kalian meninggalkan solat dan kewajipan yang lain,sekali kalian melakukan kemaksiatan pada Allah, dikala itu jua aku turut terseksa di persemadian seorang diri.
Sedikit harta yang ku tinggalkan, janganlah sampai kalian bersengketa dan berpecah hati, ikutlah wasiat menurut pembahagian yang telah diamanahkan. Ketaatan kalian terhadap semua pesanan ku adalah kegembiraan sekaligus merupakan satu hadiah istimewa dari kalian semua. tetapi seandainya syaitan menguasai hati kalain dengan ketamakan harta peninggalanku, sehingga pesananku tidak diendahkan maka kembalilah kepada hukum Allah.
Selama ini aku begitu sayankan hartaku kerana ingin mewariskan kepada kalian semua hingga tidak banyak melakukan sedekah apatah lagi untuk membuat amalan bersedekah apatahlagi untuk amal jariah. oleh itu alangkah gembiranya aku bila harta yang kalian miliki itu digunakan untuk kebajikan dengan bersedekah bagi pihak diriku, agar kuburku menjadi lapang dan damai.
Sudilah kalian lakukan apajua amalan untuk menyejukkan daku dipersemadian. Dan janganlah sama sekali kalian gunakan harta pusaka peninggalan ku ini untuk membuat mksiat. kelak, daku akan tersiksa di kuburan yang amat sempit ini.
Kepada isteriku. Jagalah anak-anak ku baik-baik dengan didikan agama. Mudah-mudahan ia ia akan menyejukkan daku dipersemadian ini.
kepada nak-anak. Jaga ibumu baik-baik. jangan sama sekali sakiti hatinya. Jangan durhaka kepadanya. Muliakan dia kerana tiada makhluk di dunia ini wajar dimuliakan kecuali ibu dan bapa.
Kepada arwah ibu dan bapa ku yang dikasihi. Justeru itu ampunkan dosa anakmu ini. Redhakan daku kerana redha Allah  terletak pada redhamu.
Dekatkan diri kalian semua dengan  Allah. jangan tinggalkan solat dan dampingi majlis ilmu. Ikuti jalan hidayah, kelak kalian akan bahagia di dunia dansejahtera di akhirat. Jangan  turuti hawa nafsu dan bisikn syaitan kelak kalian akan hidup sensara dan merana.
Akhirnya kirimkan setiap hari kepada ku doa dari kalian semua agar Allah mengampuni dan kasihan belas pada ku yang banyak berdosa. Aku amat menyayangi kalian semua. Aku redha pada kalian semua. Maka redhalah pemergianku untuk selama-lamanya.
Mudah-mudahan Allah swt meredhai diriku yang tersangat hina disisiNya ini. Semoga kita tidak terpisah di akhirat dan akan bertemu di syurga nanti.
Ya Allah, himpunkan daku di syurga nanti dengan anak, isteri serta cucuku yang amat ku kasihi. Ya Allah dengan rahmatMu, janganlah kau pisahkan kami di akhirat nanti Ya Allah. Amin.

Pesanan dari ku yang pergi untuk selama-lamaya........."
Daripada : Azizul Rahman Bin Azizi                                                                            

5 ulasan:

shami2 berkata...

Salam akmar.

subuh2 ni kelopak mata saya bergenang bila baca n3 ni..

Sama2 kita harungi kehidupan sementara ini sebaiknya..tingkatkan iman dan amal soleh kita sebanyak2nya
Serahkan semuanya pada DIA yang berkuasa.

Al fatihah buat allahyarham Azizul

shami2 berkata...

Salam akmar.

subuh2 ni kelopak mata saya bergenang bila baca n3 ni..

Sama2 kita harungi kehidupan sementara ini sebaiknya..tingkatkan iman dan amal soleh kita sebanyak2nya
Serahkan semuanya pada DIA yang berkuasa.

Al fatihah buat allahyarham Azizul

Norakmar binti Yusoff berkata...

Salam.Terima kasih kasih kerana mengikuti perkembangan saya dan anak-anak.Terima kasih juga kerana menghadirkan diri(Shami2 dan Suami) di saat-saat terakhir pemergian almarhum Azizul di Wad kecemasan Selayang. Suasana tu akan saya ingat dan kenang sampai akhr hayat.

kawasaki berkata...

Salam akmar sya sungguh terharu dan terkejut bila tau berita ni dari fb Geng Budak AD tu.Sediah juga bila membaca catatan pada wasiat aruah azizul.Saya langsung tak berpeluang untuk berjumpa dengan kemar dan aruah selepas saja keluar dari UITM dulu.Maklumla masa tu masing2 sibuk nak betulkan keadaan dan kehidupan.Doa saya semoga kemar tabah dalam menghadapi hari2 mendatang dan semoga aruah azizul di tempatkan bersama-sama orang2 yg beriman dan beramal soleh.Alfatihah.

Norakmar binti Yusoff berkata...

Salam Mr Kawasaki :KB ketua group 5 AD Uitm. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan bertanya khabar. Saya perlu tabah dengan soongan dan doa dari semua .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...