Dalil Wasiat - Wasiat dibenarkan dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil al-Quran, Sunnah Nabi saw amalan sahabat dan ijmak ulamak.
Dalam al-Quran, Allah berfirman: (Pembahagian itu) iaitu sesudah diselesaikan wasiat oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. - suarah An-Nisa': 11
Alhamdulillah saya telahpun melunaskan hutang-hutang agama arwah suami iaitu puasa, zakat dan upah haji.
'Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut Sunnah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.
-Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Faedah Penulisan Wasiat;
- Pelantikan Wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
- Dapat menzahirkan hasrat dan pegagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.
- Menjamin masa depan insan yang disayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
- Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.
- Mengurang bebanan yang ditanggung oleh waris yang ditinggalkan.
Proses-proses Membuat Wasiat;
Datang ke Amanah Raya atau agensi Perundingan Kewangan Islam bertauliah, Si Pembuat wasiat perlu mengisi Borang Wasat Terakhir. Borang ini perlu dihantar ke Amanah Raya. Si Pembuat wasiat akan menerima sekeping kad Wasiat.
Apabila dia meninggal, waris boleh membawa kad wasiat ke Amanah Raya untuk rujukan. Pihak Amanah Raya akan memanggil semua waris yang berkenaan.
Si pembuat wasiat akan diberi borang Wasiat. Di dalamnya si pembuat wasiat perlu menulis dan menyenaraikan harta dan hutang jika ada. Setiap satu perlu disertakan salinan dokumen berkaitan. Borang ini perlu lengkap dan menjadi rujukan kelak. Si pembuat wasiat boleh menulis sebarang pesanan akhir kepada waris. Hantar borang ke Amanah Raya untuk di simpan. Bayaran hanya RM 350 untuk seumur hidup.
*Pindaan Wasiat boleh meminda semula wasiat yang dibuat sekiranya belum meninggal dunia. Bayaran RM 25 untuk pindaan pertama.















1 ulasan:
Salam akma
Terus menulis untuk berkongsi pengalaman hidup ini dari sudut masing2 mudah-mudahan segalanya menjadi contoh.
Hidup ini umpama pengembaraan...yg baik pasti akan mendapat nikmat dan rahmat dari Allah...insyallah sama2 kita menuju kejayaan...
Catat Ulasan