Pengikut

Khamis, 8 Disember 2011

Haron Mokhtar -Kekalkan Warisan Negara

Raja Turun Meminang 1 dan Raja Turun Meminang 11
Arkrilik atas Kanvas  77cmx102cm
2011
Haron Mokhtar bersama mantan pensyarah Fakulti KSSR ,YM Prof. Raja Zaahabuddin
Perasmian Pameran solo Haron Mokhtar bertajuk;WARISAN.
Diadakan di Galeri Pelita Hati Kuala Lumpur pada 23 September- 22 Oktober 2011 

HARON MOKHTAR : Kekalkan  WARISAN NEGARA
Petikan dari; Prof. Madya Dr.Mohd Johari Ab. Hamid
 (Dedikasi Anakanda Aiman Asyran Binti Azizul Rahman- Dip.Fine Art UiTM Seri Iskandar Perak)

Masyarakat kita memang kaya dengan seni dan warisan. Tetapi jika tidak ada usaha untuk memelihara seni  dan warisan itu, pasti a akan terkubr begitu saja. Malah,sehingga kini kita dapati beberapa seni warisan kita sememangnya telah terkubur sedikit demi sedikit. Penulis tidak perlu menyenaraikan jenis-jenis seni warisan yang terkubur itu. Tentulahlah antara factor yang sering diungkapkan ialah arus pembangunan moden hari ini mungkin telah ‘memusnahkan’ semuanya itu.
Usaha yang dilakukanoleh pelukis Haron Mokhtar bagi merakamkan kembali sebahagian seni warisan Negara wajar dipuji. Beliau cuba merakamkan kembali secara visual sebahagian kecil seni warisan seperti seni bina, rumah-rumah Melayu tradisi, Bangunan –bangunan colonial, alat pengangkutan awam dan cara kehidupan soaial masyarakat dahulu.  Kaedah yang digunakan oleh Haron Mokhtar itu amat mudah dihayati khalayak seni. Beliau menggunakan cat arkrilik di atas kanvas. Walaupun, sebenarnya penuls melihat Haron mampu menggunakan apa saja media seperti cat minyak dan cat air. Pengolahan imejan pula mudah difahami. Paparan secara realisti  pada beberapa imejan amat bermakna yang dapat mewakili  warisan tinggalan sejarah bangsa kita. Imej seni bina lama yang dipilih itu sungguh unik. Bentuk seni  bina itu sendiri dapat mengamit nostalgia kepada generasi terdahulu yang hidup di bawah penjajahan. Walaupun Haron tidak memberi penekanan secara detail dari aspek seni  reka seperti kadar banding, betuk dan sebagainya namun khalayak masih dapat menghayati  karya itu sehingga tamat. Apatah lagi bangunan-bangunan itu semakin kurang diberi perhatian hanya kecuali yang setelah diwartakan sebagai harta seni warisan Negara. Antaranya bangunan stesen keretapi Tanah Melayu, stesen keretapi Ipoh, Muzium Ipoh, Masjid-masjid lama di Kelantan, Perak, Kedah dan Melaka serta rumah tradisi Melayu di serata tempat di Malaysia.
 Bagi memudahkan kefahaman khalayak, Haron telah membahagikan ruang kanvas ini kepada dua  bahagian. Bahagian atas dilukis imej warisan dan di bawah diletakkan figura sebagai pelengkap penceritaan. Figura-figura ini tidak berdiri sendiri. Mereka disokong oleh elemen-elemen persekitaran hidup yang difikirkan sesai lagi menarik. Haron mendokong watak-watak itu dengan busana zaman lampau. Kenderaan gajah, kereta lembu, lanca dan sebagainya. Penulis pasti yang Haron tidak sesuka hati meletakkkan watak-watak tadi sekiranya tidak berkaitan dengan penceritaannya. Walaupun kadangkala mungkin ada yang bertanya, apakah hubungannya dengan kenderaan atau rombongan bergajah itu dengan latar seni bina warisan itu? Tradisi perarakan gajah oleh golongan bangsawan seperti sultan dan pembesar-pemesar dahulu memang berlaku. Sasana yang menarik dan unik itu yang cuba disampaikan oleh Haron dalam karya-karya  seninya.
Kenangan manis tinggal dikampung-kampung Melayu suatu ketika dahulu dengan cirri-ciri kehidupan yang memerlukan perkongsian antara satu sama lain juga dipaparkan dalam karya itu. Antaranya berkongsi telaga,menangkap ikan, mengerjakan sawah bendang, bermain dihalaman rumah dan sebagainya. Haron tidak lupa meletakkan busana yang sesuai dengan zaman itu. Berkain batik, berpelikat dan berbaju kurung atau kebaya. Manakala lelakinya berbaju Melayu dan berkain pelikat.
Haron mengunakan latar belakang warna-warna sekunder yang lembut lagi meyakinkan. Warna-warna memberikan ruang dan keseleseaan serta tidak menganggu konsentrasi penghayat seni. Ini juga sebahagian dari  identity Haron Mokhtar jika kita mengimbau kembali sebahagian dari karya-karya seni yang terdahulu. Apabila menghayati karya-karya seni seperti ini, khalayak seni inginkan ketenangan, kedamaian atau yang dapat memberikan kenangan. Samada melibatkan pengalaman lampau, kenangan masa lalu atau sesuatu peristiwa yang sukar dilupakan. Pada pandangan penulis, karya seni seperti itu lebih berkesan dan melekat dihati mereka. Pelukis boleh memilh apa saja objek yang mudah dan biasa dilhat. Tetapi, dengan kreativiti  yang ada maka pelukis dapat mencorak karya mereka dengan lebih berkesan lagi. Sudah semestinya karya seni yang dihasilkan itu sekurang-kurangnya dapat memberikan sesuatu sumbangan kepada seni warsan Negara.
Kehidupan Haron dengan lukisa-lukisan bertemakan rumah-rumah tradisi seperti ini seakan-akan senonim  dan sebati pada dirinya. Penulis kagum dengan kebolehan pelukis ini yang begitu tekun mahu menggangkat semula seni kebudayan dan warisan negara  agar terus terpelihara. Dari penhayatan kita terhadap karya-karya beliau itu, kita dapat merasai yang kita sememangnya telah kehilangan seni warisan itu.
Sumbangan yang diberikan leh Haron Mokhtar wajar dicontohi oleh pelukis-pelukis angkatan baru. Kemampuan dan kebolehan belau sebagai pelukis sudah teruji dan sukar dinafikan lagi. Ini data dibuktikan dari beberapa hadiah utama yang dimenanginya sepanjang penglibatan beliau sebagai pelukis lebih dari dua puluh tahun. Tambahan pula penglibatan beliau dalam profesion pendidikan memberkan kelebihan kepada beliau untuk terus mendidik para pelajar serta pelapis generasi baru untuk terus meminati bidang seni visual.
Haron Mokhtar juga serng diemput untuk mengadakan pameran-pameran sama ada secara perseorangan atau berkumpulan sama ada di dalam atau luar negara .Lukisan-lukisan beliau menjadi tarikan utama dan menjadi pilihan untuk menghiasi dinding- dinding rumah,pejabat dan sebagainya.Kenangan paling manis dan tidak dapat dilupai sepanjang bergelar pelukis ialah apabila 22 buah lukisan beliau dipilih untuk menghiasi ruang –ruang istana KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan. 

Raja Turun Meminang IV
Arkrilik atas kanvas 77cmx102cm
2011
 Mandi Perigi Waris I
Arkrilik atas Kanvas 69cmx99cm
2011

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...