Pengikut

Ahad, 20 Februari 2011

Koleksi Tin Biskut Jacobs Sumber Idea Warna Air

Tin Biskut Jacob's Ulang tahun 55 tahun Edisi Terhad menjadi koleksi kesayangan, kerana lukisan warna air disekeliling tin menarik perhatian. Sekarang saya melukis semula setiap lukisan dari tin dan mewarna dengan warna air. Catan air pada tin ini juga menjadi bahan pelajaran dalam kelas untuk rujukan pelajar.

Rabu, 16 Februari 2011

Doodle Art & Surealisme

Doodle art and surealisme, garapan teknik contengan (doodle) menjadi wadah Aarish Armiza bekas pelajar kesayangan saya graduate Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka Multimedia & Grafik Uitm Shah Alam Selangor.Kini berkerja sambil menghasilkan karya seninya ternyata menonjolkan nilai seni yang lebih istimewa dan mempunyai nilai keunikan tersendiri.
Aayish Armirza telah mencipta identiti tersendiri dalam membentuk karya yang paling ekspresif dan kreatif. Teknik contengan yang digunakan  menonjolkan  kesan garisan dan jalinan yang berbeza. Karya beliau mengunakan bahantara yang minimal tetapi kompleks dari segi aplikasinya dengan menceritakan separa sedar dan mesej yang tersembunyi. Medium yang digunakan ialah marker pen pelbagai saiz dan warna serta cat arkrilik pada karya yang bersesuaian. Syabas semoga terus berkarya.

Ahad, 13 Februari 2011

Nostalgia 60-an, fashion dan kehidupan

Untung saya masih ada emak dan bapa saudara yang masih mengingati dan menyayangi. Keakrapan hubungan persaudaraan ini membuatkan emak saya Hjh Siah yang kematian suami kerana lemas semasa out station kerja sebagai juruteknik jabatan ukur tanah ketika itu berumur 32 tahun. Meninggalkan emak berumur 24 tahun, saya 1 tahun 8 bulan dan adik lelaki saya yang masih dalam kandungan 6 bulan.Sejak kecil kami kembali tinggal bersama beramai-ramai hingga kini saya masih rasa seperti mempunyai ramai saudara dan bukannya 2 beradik sahaja.
Kepada Maktok Hjh Tipah (85 tahun), Mak Hjh Che Siah (1942-2006), Mak Ngah Hjh Amnah,Mak Lang Hjh Zaharah, Pak Ndak Mohammad (1950-2004),Mak Njang Hjh Azizah, Pak Tam Elias,Pak Teh Shuib, Mak Cik Datin Rohani dan Mak Su Rafidah.Terima Kasih kerana selalu mengambil berat saya dan keluarga. Tanpa semua siapalah saya.....yang kini telah bertukar nama dari Norakmar kepada nama pangilan baru Cikgu Kema-(Nama geli-geli di Kedah 'Noi')
*Blue Rider bukan awak seorang saja yang ada gambar atas kuda, topi koboi dan basikal kecik........

Ahad, 6 Februari 2011

Self-Potret :Kenangan Terindah -Azizul Rahman


Masih lagi mencerita dan membongkar gambar-gambar my beloved hubby. Semasa sama-sama belajar satu kelas di Graphic Dept. UiTM Shah Alam. 1986-1990. Suami saya memang seorang yang mempunyai bakat melukis luar biasa yang selalu lukis potret diri sendiri. Beliau pernah bekerja sebagai Art Director di Bloomingdale Advertising, AdExtra Advertising, People & Bell Advertising dan Brain & Brawn Comm. Hajat beliau tak kesampaian apabila kami tak sempat menguruskan company sendiri Forty Something Communications.
Kepada saudara mara,sahabat handai dan sesiapa yang masih mengingati kami diucapkan Terima kasih hanya Allah yang dapat membalasnya.

Sabtu, 5 Februari 2011

Happy New Year & Happy Birthday to Me!

Tahun ini usiaku 45 tahun. Menyambut secara sederhana dengan acara menziarahi kubur Almarhum suami saya Azizul Rahman B Azizi yang genap 130 hari dengan bacaan Yassin dan tahlil dibawa oleh Anak lelaki saya Aiman Hakeem. Dari rujukan Majalah MIDI tulisan Dr Aizan wanita 40an perlu mengamalkan kehidupan bermasyarakat secara positif yang dapat menyokong pengukuran emosi bagi menghadapi usia 40-an. Aktiviti kebajikan juga dapat meningkatkan kualiti emosi ke arah yang lebih baik.(Orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.
Aspek utama dalam persediaan ialah dekat diri kepada Allah samada melalui ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan menunaikan haji. Begitu juga ibadat sunat seperti zikir, sedekah, membaca al-Quran, tolong-menolong dan dan melakukan perkara baik. Amalan paling berkesan ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan solat Tahajud (Bangun tidur dan beribadat pada akhir malam bagus untuk membersih hati)
Mulai bulan Febuari ini SEMEKAR telah mempunyai seorang Pengetua Baru:Pengetua Cemerlang dari SMK Taman Keramat Pn Hjh Norma menggantikan Pn Hjh Mazlah Husssein yang dipindah ke SMK Sg Choh dan Penolong Kanan 1 Pn Ho dari SMK Tengku Abdul Rahman Batu Arang Rawang menggantikan Pn Hjh Norseha Manaf yang dipindah ke SMK Bandar Tasik Puteri Rawang.
Semoga suasana baru ini memberi lebih semangat dan kekuatan baru mengantikan suasana sekolah sebelum ini yang tegang, emosi dan penuh air mata.

Selamat Tahun Baru Cina - Tahun Arnab

Selamat Tahun Baru Cina. Cuti satu minggu yang penuh dengan kerja sekolah yang harus disiapkan. Tiada cadangan percutian keluarga, hari-hari terakhir tempoh iddah 130 hari (4 bulan 10 hari) ini biarlah diakhiri dengan suasana tenang dan redha bahawa En Azizul Rahman B Azizi benar-benar meninggalkan kami sekeluarga.
Saya perlu berfikiran positif dan elakkan kemurungan, Bersantai dengan anak-anak atau rakan taulan untuk menambah keceriaan hidup, cergas supaya tidak malas, makan makanan yang menyihatkan, rehat yang cukup, berpakaian sopan dan sesuai majlis dan usia dan yang penting amal dan takwa serta bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah sumber kekuatan luar dan dalaman diri kami, Kami bermohon kekuatan dalam setiap langkah hijrah diri ini.

Selasa, 1 Februari 2011

The Cancer is spreading.........


The cancer is spreading.......by Aariesh Armiza -my ex-student.  
 Hari ini 127 hari suami saya meninggakan kami sekeluarga. Bila teringatkan hari-hari yang dilalui semasa 3 bulan sebelum kematian arwah akibat kanser pangkreas peringkat 4, adalah hari-hari yang sungguh suspen dan penuh harapan. Sehingga saat kematian arwah saya masih menaruh harapan tinggi dan tak pernah terbayang suami saya pergi untuk selama-lamanya. Kata anak-anak kita harus redha ayah pergi kalau ayah ada tentu kita tak sampai hati melihat ayah menangung kesakitan.
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor. Pangkreas adalah organ yang terletak dibelakang perut.
Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Terdapat 32000 kes setahun di Amerika Syarikat, malangnya tahap kematiannya tinggi disebabkan penyakit lewat dikesan dan pembedahan yang susah dan rum
it.

Hidup adalah......


Di awal dibuka oleh kelahiran, di akhir ditutup dengan kematian
Hidup bukanlah tentang lahir dan mati, hidup adalah tentang kebaikan
Hidup tak semudah membalikkan telapak tangan dan,
Hidup pun tak sesulit memindahkan gunung salji
Hidup bisa seabadi matahari dan hidup juga bisa sesingkat lilin
Hidup dan mati datang dan pergi silih berganti
Hari ini engkau rugi, esok engkau untung
Hari ini engkau kalah, esok engkau menang
Tapi hidup bukanlah tentang untung dan rugi
Hidup pun bukan tentang menang dan kalah
Hidup adalah tentang kebaikan dan kebaikan
Buatlah satu kebaikan dalam satu hari
Seribu pahala akan menyinari
Buatlah satu doa dalam satu  malam
Seribu sinar akan melindungi
Di awal hati dan niat tergerak, di akhir benih kebaikan tertanam
Di awal penuh pengorbanan, di akhir penuh sukacita
Hiduplah untuk sesama mahkluk hidup
Kebaikan akan hidup bersamamu 
(nukilan suzziana)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...