Pengikut

Sabtu, 26 Mac 2011

Tahniah! Aiman Asyran Binti Azizul Rahman

Tahniah Aiman Asyran Binti Azizul Rahman, anak sulung saya kerana telah berjaya mendapat kelulusan cemerlang SPM 2010. (Saya redha dengan keputusan tersebut memandangkan ketika Kakak Aiman menduduki peperiksaan SPM suami saya baru meninggal dunia). Kakak Aiman juga telah berjaya menjadi pelajar cemerlang subjek yang saya ajar iatu Pendidikan Seni Visual A+.
Tahniah sekali lagi kerana menjadi Tokoh Pelajar Cemerlang Sahsiah serta NILAM.
Pada hari pengambilan result SPM Kakak Aiman telah berani datang mengambil result bersama kawan-kawan dengan memandu kereta sendiri kerana baru mendapat lesen memandu 10.03.2011.
Sekiranya ayah ada tentu ayah akan menyanyi sambil bermain gitar.

Almarhum suami saya gemar bermain gitar dan akan mengiburkan kami sehingga didalam kereta. Semasa menjadi Imam beliau juga pernah mengajar muazin azan dengan betul dengan gitar.


Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith2 soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.
Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.
Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.
Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :
1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.
Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.
Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.
wallahua'lam

diambil daripada : http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/bermain-gitar.html

Isnin, 14 Mac 2011

Keputusan SPM akan keluar 23.3.2011

Selamat bercuti dan selamat menunggu keputusan SPM 2010 pada 23.03.2011
Kepada SEMEKARIAN (SMK Rawang Rawang Selangor), Majlis graduasi akan diadakan pada 26.03.2011 di Institut Kraf Tangan Negara Templer Park Selangor Darul Ehsan. pukul 2.00 petang.
Didoakan semoga semuanya mendapat keputusan yang cemerlang serta berjaya dalam hidup.

Ahad, 13 Mac 2011

Solat Jamak dan Qasar ketika Bercuti

 Suasana kampung Karya Haron Mokhtar
Media Catan air

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dgn jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dlm waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat utk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat utk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rekaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat utk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

Sabtu, 12 Mac 2011

Bermusafir Membawa Anak Balik Kampong

 Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar (rumah emak mertua depan masjid)
Galeri Sultan Azlan Shah Bukit Chandan Kuala Kangsar
(dulunya Istana Kota dan Sekolah Raja Perempuan Mazuin -sekolah rendah Almarhum suami)
Suasana waktu malam jalan ke Istana Bukit Chandan Kuala kangsar.
(Gambar google image)
Musim cuti sekolah bermula. Diminda saya sudah tersedia beberapa rancangan menarik untuk saya dan anak-anak. Saya juga perlu bijak mengatur rancangan dan kewangan supaya percutian menjadi lebih bermakna dan kenangan sepanjang hayat. Tak lupa mengikut setiap petua dan arahan Almarhum suami supaya service kereta, penuhkan minyak dalam tangki kereta, cukupkan angin tayar. Pastikan rumah bersih dan kemas sebelum bercuti. Selalunya Almarhum suami akan memebawa kami sekeluarga singgah diberlainan destinasi  surau atau masjid untuk sembahyang dhuha/zohor/asar/maghrib/isyak. Pesan Almarhum Surau dan masjid akan jadi saksi siapa yang suka menjadi pengunjungNya. Kali ni saya akan balik ke Kampung Almarhum suami diKg Changkat Kurnia Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak dan kampung saya di Jln Tungku Bendahara Kulim Kedah. Semoga perjalanan kami diberkati Allah selamat sampai ke destinasi dan selamat balik semula ke Rawang Selangor.  (Balik Kampong nak mengisi masa dan hobi dengan sesi fotografi NIKON D3100.)

Selasa, 8 Mac 2011

The Story Book Diary

Mulai dari sekarang saya menulis cerita kenangan bersama Almarhum Azizul Rahman B Azizi di dalam 'The Story Book Diary' memaparkan flash-back 100 hari terakhir tanda dan saat kematian serta mengimbau kembali 9 tanda-tanda saat kematian suami saya.
'Story Book Diary' juga memaparkan coretan kenangan anak-anak ketika bersama ayah mereka.Saya juga membenarkan anak-anak menulis didalam buku ini.Terdapat juga gambar-gambar dilekatkan dalam bentuk kolaj. Kertas dan bahan saya beli; PYSSLIG di IKEA.
9 Tanda -tanda saat Kematian
1.     100 hari seluruh badan bergegar
2.     60 hari pusat rasa bergerak-gerak
3.     40 hari daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan jatuh dan malaikat maut pun datang   
        kepada orang dengan nama yang tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-
        kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan 
        sering kelihatan seperti sedang rungsing.
4.    7 hari mengidam makanan
5.    5 hari anak lidah bergerak-gerak
6.    3 hari bahagian tengah dahi bergerak-gerak
7.    2 hari seluruh dahi rasa bergerak-gerak
8.    1 hari terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar
9.    Saat akhir terasa sejuk bahagian pusat hingga ke tulang solbi  (Bahagian belakang badan)
       Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda-tanda akir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan
       lagi bercakap-cakap.

      Ehsan dari Jualan amal Madrasah Tahfiz al-Quran Darul Riyadh. Rantau Panjang  Kelantan.

Isnin, 7 Mac 2011

Foto Lama-Looking Back

'Looking Back' membongkar gambar lama keluarga emak. (yang atas riba dan atas kuda tu saya). Saya pernah terbaca kata-kata yang mengatakan keluarga yang duduk makan bersama-sama akan kekal selama-lamanya 'Family that eat together stay together'. Hingga kini saya akan memastikan keluarga saya makan bersama-sama dan tidak pernah membiarkan ahli keluarga makan sendiri tanpa ditemani.
-Masih mengkaji cara/gaya bergambar orang zaman dulu sebagai rujukan pelajar kelab fotografi.


 

Sabtu, 5 Mac 2011

Zaman Sekolah Dahulu

Teringat zaman sekolah rendah sekitar tahun 70-an. Pergi sekolah bawa beg peti. Naik darjah 5 pakai beg peti kotak-kotak. Buku tersusun kemas dan terjaga walaupun hujan lebat.Dalam beg penuh sticker. Paling seronok dapat tukar-tukar gambar Mary Osmands dan Donny Osmands dengan kawan-kawan. Stokin pakai tinggi hingga kelutut macam gadis jual clorox. Zaman tu semuanya indah dan tak pernah rasa susah. Kelas tuition tak dipentingkan sangat. Kalau ada kelas petang seronok dengan kelas menjahit Mrs Ho, kelas menari Cikgu Mat, melukis cikgu Om dan badminton Cikgu Shamsuddin. Petang masih ada masa pergi kelas mengaji, tengok wayang dengan kawan-kawan dan pergi gunting dan set rambut macam Lady Diana.

Jumaat, 4 Mac 2011

Illustration Malaysia Poskad Mengimbau Rindu Kampung Halaman

A Corner Coffeeshop in Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
A Chinese Coffeeshop, Selangor, Malaysia
Indian Coffeeshop, Negeri Sembilan, Malaysia
A Chinese Sundry Shophouses, 1950, Selangor, Malaysian -
Gambar rujukan : Mirage Studio 7


Poskad Malaysia ni dapat mengimbau suasana zaman dahulu, secara tidak langsung menambah ingatan balik kampung. Saya suka gaya illustrasi yang kemas dan teliti.
Minggu depan sibuk Penilaian Kurikulum1-Mac seminggu sebelum cuti Pertengahan penggal 1.


   



Rabu, 2 Mac 2011

Klinik Kesihatan Rawang Kini di buka di Taman Rawang Perdana Rawang Selangor

Klinik Kesihatan Rawang di Taman Rawang Perdana akhirnya dibuka pada 28.02.2011. Gambar yang saya rakamkan ini adalah pada bulan sembilan 2010 sebelum suami saya meninggal dunia.
Secara tidak langsung kini memudahkan saya dan keluarga berurusan dengan pihak klinik. Disini terbina Klinik ala-ala resort dengan kemudahan Klinik kesihatan dan Klinik ibu dan anak serta Klinik Pergigian serta Kuarters Doktor dan kakitangan/staf klinik.
Esok temujanji saya dengan doktor untuk rawatan sakit 'Lawa Tiada Manis Ada'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...