Pengikut

Jumaat, 29 April 2011

Kenduri Pizza


Kak Aiman Asyran telah membelanjakan wang gaji pertamanya sebagai promoter di Packson Rawang. Sebagai tanda penghargaan; kepada cikgu yang mengajar subjek yang dapat A+ dan A menerima Pizza special delivery hantar sendiri hingga ke rumah. Saya pun dapat. Terima kasih.

Khamis, 28 April 2011

Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual


Terima kasih Pn Hjh Norma binti Omar Pengetua Cemerlang, yang telah menolong membawa surat pembetulan opsyen kenaikan pangkat  yang bertarikh 23.4.2009 saya dari Guru Cemerlang Sejarah kepada Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual di Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Kini saya telah menerima surat makluman status bahawa kini sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual. Alhamdulillah.
Semua GC mesti mempraktikkan P&P berkesan, menyeronokkan dan bermakna dalam P&P mengikut mata pelajaran kepakaran masing-masing dan GC juga boleh membimbing guru-guru lain ke arah P&P menyeronokkan, berkesan dan bermakna.

Ahad, 24 April 2011

Berita Pantas

Kalau dulu, apabila ada perkara penting nak disampaikan, kita akan menggunakan perkhidmatan telegram. Kini, perkhidmatan ini dah tiada lagi .... saya tengok kat laman web pos malaysia, tiada pun disebutkan akan perkhidmatan ini. Tetapi saya percaya masih ada perkhidmatan ini disediakan terutama untuk menghantar berita ke luar negara.
Kini teknologi telah mengambil tempatnya. Bila masa berlalu, yang lama telahpun dilupakan. Dulu, ia merupakan antara perkhidmatan yang tersangat penting. Berita2 kematian, saman, atau apa saja berita yang memerlukan respon segera pasti akan menggunakan telegram. Saya pernah menerima telegram daripada UiTM (ITM) yang menawarkan Kursus AD30 Arts Teachers' Diploma pada tahun 1991. Telegram dikirim supaya saya segera mendaftar diri di Bahagian Kemasukan Rekod Pelajar UiTM Shah Alam, Selangor. Saya juga pernah menerima ucapan Selamat Hari Jadi melalui telegram yang saya tak dapat paparkan disini kerana tiada dalam simpanan.

Bagaimana sejarah telegram ini bermula?
Ia dicipta oleh Samuel F. B. Morse, telegram sebagai alat perhubungan pantas. Ia mula dipopularkan pada tahun 1920an. Ia merupakan satu alat yang penting dan dianggap murah daripada telefon. Tarif telegram dikira berdasarkan jumlah karaktor atau huruf dalam mesej yang dihantar. Semakin panjang mesej yang ingin disampaikan... semakin mahallah tarif yang dikenakan. Kerana itulah ia lebih senang dan popular digunakan bila nak kirim berita ke luar negara.
 (Petikan /rujukan bangku kosong)

Sabtu, 16 April 2011

Interview UiTM di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Shah Alam Selangor

Hari ni Seksyen 2 sesak gile, hujan lebat dari Rawang, Alhamdulillah saya dan anak-anak sempat sampai on time ke UiTM Shah Alam. Interview start 8.30 calon terlalu ramai macam nak uji bakat realiti show.
Aiman Asyran interview Art & Design- temuduga dan ujian melukis. Ramai calon dengan sketches dan folio. Ada juga calon yang minat fesyen siap bawa art work baju jahitan sendiri. Saya dan suami dari Art and Design Graphic (satu kelas) tapi Aiman buat pilian pertama Fine Art dan pilihan ke dua Grafik.
Terdapat 29 panel, setiap panel terdiri dari 30 calon. Didoakan kakak Aiman berjaya. Insyaallah.

Ahad, 10 April 2011

Sumbangan Anak Yatim - Masjid Nur Iman Rawang Selangor

Masjid Nur Iman Bandar Rawang Rawang
 Logo Surau Nur Ikhwan Taman Rawang Perdana
(Hasil logo: Almarhum Azizul Rahman Bin Azizi)

Hari 10.04.2011 ini telah diadakan Program Maulidul Rasul -Acheh di Masjid Nur Iman Rawang Selangor. Anak lelaki saya dijemput oleh Pengerusi Surau Nur Ikhwan Hj Abdullah. pukul 11.30 pagi.
Terima kasih dan Alhamdulillah atas sumbangan/sedekah kepada 4 orang anak saya yang kini yatim. Kenduri 5 ekor lembu telah berlansung di Masjid tersebut.
Telah menjadi rutin saya dan anak-anak masih menziarahi kubur Almarhum suami setiap minggu. Kepada saudara mara dari jauh dan dekat serta sahabat handai yang sentiasa menziarahi kubur Almarhum dan mensedekahkan ayat-ayat suci al-Quran, En Azhar yang menaburkan daun pandan setiap minggu diucapkan terima kasih banyak-banyak. Semua ini rezeki arwah kerana tak putus-putus para sahabat mengunjungi kubur dan masih lagi membuat majlis tahlil arwah.(Terima Kasih Hj Rosmini dan keluarga-majlis tahlil arwah baru-baru ini).

Majlis Konvokesyen SEMEKAR -Pelajar SPM 2010

Tahniah kepada pelajar SMK Rawang yang berjaya dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010. Majlis meraikan pelajar dan guru-guru telah diadakan di Dewan Cindai Institut Kraf Negara Templer Park Rawang pada 26.03.2011 jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.
Penat saya menjadi jurufoto hari tu.
Tahniah Aiman Asyran Binti Azizul Rahman yang berjaya menjadi pelajar terbaik mata pelajaran 'emak' Pendididikan Seni Visual.
Tahniah juga kepada Nafisah dan Siti Safina yang berjaya mendapat A+, Yong dan Laila, 18 pelajar sains dan akaun yang mengambil elektif Pend Seni Visual yang berjaya mendapat A dan B. (Alhamdulillah kerana mendengar cakap cikgu sebagai mentor).
Aiman Asyran..... telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan walaupun ketika itu kita semua dalam kesedihan.
Tahniah juga pada Nafisah dan Haifaa.....
Majlis berjalan lancar tetapi ada ramai juga pelajar tidak dapat hadir kerana bekerja.
Ini pelajar yang mendapat 7A ke atas.
Antara tetamu yang hadir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...