Tidak ada apa yang paling mengembirakan dalam hidup apabila dikurniakan Allah swt kesihatan yang baik. Sahabat saya, jiran saya, ketua Panitia PSV, Teman sekerja dll......Pn Khalidah Za'aba; kini semakin sihat setelah bercuti hampir sebulan kerana bengkak kelenjar liur akibat tertusuk tulang ikan. Hampir 2 minggu Kelly di Hospital Sg. Buluh. tanpa suara hingga 1 minggu, Semenjak dimasukkan ke hospital hingga kini Kelly masih tak berselera makan. Mungkin ada hikmah dari Allah Kelly kini dah turun 10kg.
Semoga Kelly sihat dan dapat pakai kebaya nyonya semula.
Sekarang saya, kelly dan Zuraidah sibuk dengan Kertas 3 SPM -folio kerja kursus pelajar tingkatan 5 dan folio kerja kursus Pendidikan Seni Visual tingkatan 3-keronsang batik ikat dan celup.