Pengikut

Ahad, 18 November 2012

Selamat Menyambut Deepavali dan Salam Maal Hijrah 1434

Selamat cuti sekolah, Selamat menghadapi peperiksaan SPM, Selamat Menyambut Deepavali dan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1434.


Sabtu, 22 September 2012

Raja Syariman Bin Raja Azzidin -Berhari Raya di Rumah Sahabat Lama

Raja Syariman Bin Raja Azzidin



Saya dan arwah suami adalah sahabat Raja Syariman sejak kami di Uitm Shah Alam. Pada hari raya kedua saya membawa anak -anak menziarahi sahabat lama kami. di Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak.
Anak-anak saya amat teruja semasa melawat arca '

Kami diajak melawat bengkel arcawan; Raja Syariman. Anak-anak saya amat teruja melihat arca dengan pelbagai aksi silat untuk tempahan Muzium Negeri Pahang. Arca ni belum siap kalau siap warna nya akan bertukar dari silver ke copper (tembaga)
Bergambar kenangan
Bergambar kenangan lagi, Suasana dalam rumah Raja Syariman ni  sejuk dan nyaman.

Anak saya Aiman Asyran Binti Azizul Rahman juga telah memilih Raja Syariman sebagai Tokoh Seni Arca assignment nya.
TQ Raja Syariman, Bonda dan keluarga  kerana memberi kerjasama dan layanan mesra semasa anak saya dan kawan-kawan dari UiTM Seri Iskandar ketika datang kerumah tempohari..
Sebelum balik anak saya Aiman Hakeem bertanya tentang motorsikal berkuasa besar, Raja Syariman membawa kami melihat antara koleksi motosikal beliau. Macam cerita 'Batman  & Robin'
TQ Raja Syariman.

Ahad, 16 September 2012

Berkumpul dan Beraya-Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak

Selain Allah, hanya keluarga yang kita ada dalam dunia ini . Keluarga tempat kita berlindung dan keluarga tempat kita memohon sokongan dan bantuan di saat sukar.Ingat pepatah lama 'Air di Cincang Tak akan Putus'. Raya kali ni meriah dengan daya usaha Mak Yong dan Mak Yang make over rumah dengan tiles yang berbeza di setiap ruang dan warna juga pelbagai di setiap dinding.
Last berbuka di malam raya tahun ini dengan pelbagai juadah selepas bertahlil kepada arwah-arwah. 
Hari Raya kembalikan kita mengenang kepada kepentingan keluarga, besarnya pengarauh dan kehadiran mereka di dunia ini.

Beraya Kita......dalam Merdeka

Menyambut Lebaran saat paling istimewa dan sempurna untuk bertemu sanak saudara dan merapatkan siratulrahim juga bermaaf-maafan.Dua tahun saya dan anak-anak berhari raya tanpa Almarhum suami tercinta yang telah kembali kerahmatullah pada 19 Syawal.Saya dan anak-anak cuma berhari raya di Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak berkumpul dan menziarahi keluarga sebelah arwah suami. Kami berkesempatan menziarahi rumah Tukang Sebu/Tukat tekat Benang Emas Hjh Azizah di Kg Pdg. Changkat, YAM Prof. Dato'Raja Zahabuddin Bin Raja Yaakob  di kediaman beliau depan istana dan rumah Pengarca terkenal / Sahabat lama di Uitm Raja Syariman Bin Raja Aziddin selain menziarahi jiran-jiran dengan juadah yang tidak serupa dan tidak sama di setiap rumah.Tanpa ziarah menziarahi tiada ertinya raya kita. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Isnin, 6 Ogos 2012

Salam Nuzul al-Quran 17 Ramadhan 1433H

  1. ehsan google image
     Salam 17 Ramadhan 1433H..
    Salam Nuzul Al-Quran.. hari ulangtahun kitab suci Al-Quran dibawa turun ke muka bumi ini kepada Nabi Muhammad S.A.W...semoga Allah merahmati dan memberkati setiap amalan kita di hari mulia ini...Amin..
    (Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (seluruh makhluk). Ia telah menciptakan manusia dan segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar dengan pena. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ingatlah! Sebenarnya manusia itu bersifat melampau dan takbur. Kerana melihat dirinya mempunyai harta kekayaan. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah titik perkembalian. Apakah pandanganmu terhadap orang yang melarang. Seorang hamba Allah apabila ia hendak mengerjakan solat? Apakah pandanganmu jika orang yang dilarang itu berada di atas jalan hidayat? Atau menyuruh orang lain bertaqwa kepada Allah? Apakah pandanganmu jika orang yang melarang itu mendustakan (agama Allah) dan berpaling darinya? Tidakkah ia mengetahui bahawa Allah itu melihat? Tidak sekali-kali begitu, demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatan yang keji itu) nescaya Kami akan tarikkan ubun-ubunnya. Iaitu ubun-ubun manusia yang pendusta dan berdosa. Biarlah dia memanggil kuncu-kuncunya. Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah. Tidak sekali-kali! Janganlah engkau menurut kehendaknya malah sujudlah dan dampingilah dirimu kepada Allah..
    Surah Al Alaq 1-19

Isnin, 30 Julai 2012

Amanah Raya Berhad -Wasiat FI Pentadbiran


Lama betul urusan Amanah Raya Berhad selepas kembalinya Almarhum suami saya kerahmatullah sejak September 2010. Oleh kerana arwah suami tidak mengambil insuran/MRTA dan hanya mengambil insuran kebakaran sahaja (pinjaman Bank Islam Berhad) saya dan anak anak terpaksa menanggung ansuran bulanan rumah penama arwah suami. Saya pernah memohon penyelarasan ansuran tetapi tidak diluluskan Bank Islam. Kadang-kadang terfikir juga kenapa pihak bank tidak menetapkan pembeli mengambil MRTA (Mati Rumah Tetap Ada).
Oleh kerana rumah arwah suami tiada penama rumah difaraidkan. Saya perlu menukar status nama kerana tiada penama sebelum rumah saya jual. Pihak ARB minta saya buat pembayaran untuk naik mahkamah. tambahan wang perlu kalau tunggu pejabat tanah akan jadi lagi lewat untuk tukar nama.
Saya kena tunggu SMP dan saya juga kena tunggu perentah mahkamah lagi untuk 'Jual Rumah' sebelum pihak pembeli boleh membuat loan. Selepas perintah jual ARB beritahu proses selesai akan memakan masa setengah tahun. Lamanya............................
Baru-baru ini sya dapat FI pentadbiran, Menurut Seksyen 33 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, telah mengenakan fi penerimaan kadar berdasarkan nilai kasar modal harta pusaka arwah.
caj yang dikenakan seperti berikut:
1 SENARAI HARTA
   Harta Tak Alih ; Rumah                   NILAIAN (RM) 000,000.00

   Harta Alih        : Lebihan LHDN + NILAIAN (RM)         000.00
   JUMLAH KESELURUHAN HARTA                         000,000.00

2 FI PENERIMAAN YANG DIKENAKAN                                                          
   4.00% ke atas RM 25,000.00 pertama 4% x 000,000.00 = RM0,000.00
   3.00 % ke atas baki selebihnya            3% x 000,000.00 = RM0,000.00
   JUMLAH FI  dikenakan                                                           RM0,000.00

3 FI Guaman
   i Fi kehadiran mahkamah                 RM 150.00
  ii Petisyen Surat Kuasa Pentadbir     RM 200.00
 iii Fi Saman Pemula                            RM 300.00
     JUMLAH FI GUAMAN                 RM 650.00
* Jumlah yang dinyatakan diatas tidak termasuk perincian perbelanjaan pentadbiran harta pusaka ini dan caj yang sebenarnya akan dimaklumkan dalam penyata akaun bagi akaun harta pusaka nanti.

4 KOMISYEN JUALAN(HARGA RUMAH RM 000,000.00)
   2.00% atas RM 10,000.00 pertama         2% atas RM10,000.00=RM200.00
   1.00% atas RM 40,000.00 selepas           1% atas RM40,000.00=RM400.00
   0.50% atas RM 50,000.00 selepas      0.50% atas RM50,000.00=RM250.00
   0.25% atas RM110,000.00 baki        0.25% atas RM400,000.00=RM275.00
JUMLAH KOMISYEN                                                                  RM1,125.00

 JUMLAH FI DAN KOMISYEN = FI PENERIMAAN+FI GUAMAN+KOMISYEN
 JUMLAH KESELURUHAN      =   RM  8,338.40 

Inilah ceritanya proses penjualan rumah yang tiada penama.
Moral dari cerita data ni semua yang dibuat mestilah ada modal kalau tak ada modal tak selesailah segala kerja.


Sebenarnya banyak proses yang perlu saya dan anak-anak lalui, menguruskan harta pusaka, faraid, pendidikan anak-anak, perbelanjaan harian dan lain-lain. Kebaikannya anak-anak saya faham cara pengurusan setiap kerja yang kami buat bersama. Amanah Allah amat besar tanggungjawabnya. Semoga Allah mempermudahkan dan mempercepatkan segala urusan dan hindarkan kami dari beban hutang.


Ahad, 29 Julai 2012

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah dipertemukan lagi hambamu ini dengan Bulan Ramadhan. Sesungguhnya Ramadhan mengamit keinsafan serta mengisi bekalan dan takwa. Ramadhan membuat kita bertambah skil iman, rohani, jasmani serta skil memasak. Namun yang paling menyentuh hati saya kehilangan Almarhum suami yang masuk 2 kali bulan Ramadhan. Terlalu banyak suka duka yang disimpan bersama arwah suami. Terkenang juga kenangan arwah ibu saya Hjh Che Siah yang pernah tinggal dengan kami sekeluarga setelah pencen, kami sibuk menyediakan juadah berbuka dan  dan sama-sama bersembahyang trawih. Saya tiada kenangan bersama arwah bapa yang telah kerahmatullah ketika saya 1 tahun 8 bulan. Benar janji Allah, tidak akan dilewat atau dipercepatkan walau sesaat apabila Dia mahu hambanya kembali kepadaNya. Ku pohon padaMu, damailah almarhum suami Azizul Rahman Bin Azizi, almarhum bapa, Yusoff Bin Ahmad, almarhum bapa mertua Azizi Bin Osman, almarhum tokwan yang menjaga saya dari kecil Hj Abu Bakar Bin Ahmad, dan almarhumah ibu Hjh Che Siah dan ibu mertua Hjh Endon Yeop Jaafar. al Fatihah.

Pabila Ramadhan tiba saya dan anak-anak menjalankan ibadah puasa seperti biasa tiada yang luar biasa. mengisi Ramadhan dengan tadarus dan bacaan al-Quran dirumah, berbuka dan ke Surau Nur Ikhwan, sembahyang Isyak, sembahyang sunat, bertahlil, sembahyang sunat trawih 8 rokaat dan sunat witir 3 rokaat. dengar taskirah dan more. Balik buat kerja sekolah dan ajar anak-anak, tidur dan bangun masak dan bersahur  dan begitulah rutin hari-hari sepanjang bulan Ramadhan. Setakat ini saya masih bertahan masak sendiri dan tak pergi ke Bazaar Ramadhan. Anak-anak saya tiada masalah berpuasa kerana mereka dah biasa dididik berpuasa tanpa ponteng sejak berumur 5 tahun, berpuasa sunat 6 selepas aidil fitri dan berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
Nampaknya belum rezeki berhari raya di rumah baru. Langsir sambut Ramadhan bulan dan bintang.

Sabtu, 14 Julai 2012

Tersentuh Hati


Tersentuh hati bila Danny Tan (Tan Ken Hwa) siswa TARC menulis di FB pada 8 Julai 2012 ;

Regret last time when I was secondary school didn't listen to my drawing teacher!!!
Regret last time when I was in secondary school always "Ponteng" her class!!!
Regret last time when I was in secondary school didn't summit her homework!!!
Regret last time when I was in secondary school didn't respect her!!!
Regret last time whwn I was in secondary schol sleep in her class!!!
Until now only I know she's still watching us growing.......
How hard she teach (knowledge) .....and how easy we throw it away (knowledge)...
Now I'm here and I would Like to say Thank You Teacher Norakmar Yusoff, and sorry for my action last time when I was in your class.

Sabtu, 9 Jun 2012

Bercuti & Singgah Ke 'Kellies Castle' Batu Gajah Perak

        Sedar sedar dah hampir 2 tahun saya berulang alik hantar, melawat dan mengambil anak perempuan saya Aiman Asyran ke UiTM Seri Iskandar Perak yang belajar di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Halus). Sebelum sampai ke Universiti Teknologi MARA dan Universiti Petronas, saya pernah singgah dan melawat Bangunan  Kelly Castle yang hanya terletak di tepi jalan sahaja. Tapi nak masuk ke dalam bangunan tu kena bayar. Dewasa RM4 dan kanak-kanak RM3.

       Kellie Castle mempunyai sejarahnya tersendiri, Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. Kemudiannya beliau berkahwin dengan orang Skotland, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya.

        Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.
- (sumber wikipedia)

Selasa, 29 Mei 2012

Cuti Pertengahan tahun 2012 Yang Memenatkan!

Catatan peribadi;
Cuti sekolah kali ini amat memenatkan, saya dan anak-anak telah bertolak balik kampung pada hari Jumaat selepas mengambil Aiman Asyiqin di SRA Ibnu Khaldun  Kg Kenanga Rawang yang menghadiri jamuan KFC sempena KAMIL. Waktu Maghrib kami sampai di Bukit Chandan Kuala Kangsar dengan sebucket KFC. Seronok tidur dirumah Mak Yong dan Mak Yang yang baru di 'makeover' sejuk dan tenang. Selepas sarapan nasi lemak  Mak Yong kami bertolak ke Kulim Kedah untuk menghadiri undangan perkahwinan anak Mak Ndak Embun. Majlis diadakan secara gotong royong. Special menu, nasi carrot dan ayam masala Pak Teh serta cucuq udang Mak Su. Malam pula diadakan BBQ dan sate serta char kuew tiaw. Kami bermalam di rumah Dato' Mokhtar dan Datin Ani di Taman Dahlia Kulim Kedah. Sarapan special di Kulim Kedah nasi lemak bungkus daun pisang 60 sen, pelbagai jenis bengkang, apom lenggang, lepat liat dan tepung bungkus. Rasa terkilan juga bila tak dapat beli dan bawa balik tawkua Kulim panas yang sedap dan lembut.
Hari Ahad, ada jemputan kenduri 'naik buai' di Bkt Chandan Kuala kangsar singgah sebelum balik ke Rawang. Semestinya menu special; Gulai tempoyak ikan patin, masak asam perut, gulai pisang, rendang ayam, gulai daging dll. Sebelum balik kami dijamu lagi dengan yong tau foo air tangan Mak Dah dan buah tangan lepat pisang Mak Yang. Terima kasih semua 2 malam percutian amat bermakna dan penuh aktiviti terutama dapat berjumpa sanak saudara dan oyang Tipah.

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru 16 Mei 2012

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru! Sebahagian besar guru di negara kita adalah wanita. Tidak semua daripadanya sudah menjadi ibu. Akan tetapi, semua ibu di dunia ini adalah guru.Ibu mengajar kita tauhid apabila dia bersembahyang ketika kita masih janin di dalam kandungannya. Sudah tentulah dia yang mengasuh kita adab dan kelakuan- Selalunya 'Bagaimana acuan begitulah kuihnya'. Sebab tangan yang menghayun buaian juga mengasuh akhlak, menanam semangat petriotik, menyemai keberanian dan menyuburkan cinta anak terhadap ilmu, maka 'syurga terletak dibawah tapak kaki ibu'.Semoga kasih kita kepada anak tidak membutakan kita kepada apa yang salah dan apa yang betul. Semoga kita terlebih dahulu menjadi gurunya yang terbaik sebelum kita menyalahkan guru disekolah. Semoga anak kita berbangga yang kita adalah 'Super MOM' sebagaimana kita juga mahu berbangga dengan mereka.

Jumaat, 11 Mei 2012

Perkampungan Buah-buahan Tropika Bukit Gantang Selatan Perak


Jom Melawat Perak. Destinasi yang paling seronok apabila melalui lebuh Raya Utara Selatan dari Utara ke Perak, kita boleh singgah di Perkampungan Buah-buahan Tropika Bukit Gantang Selatan Perak Darul Ridzuan. Pelbagai jenis buah-buahan dijual dengan harga berpatutan. Singgah sini sebab nak merasa buah-buahan yang jarang terdapat ditempat lain sebagai buah tangan untuk keluarga.
(Perjalanan saya dan anak-anak ni tahun lepas selepas habis edah 100 hari peninggalan  almarhum suami. Balik ke Kedah ziarah sanak saudara )
Sedang memilih buah mempelam madu.




Buah Ciku kena gosok dengan guni kulitnya dan sapu kapur makan supaya cepat masak.


Tempat ni  tenang dan tempat solat pun selesa.


Ahad, 6 Mei 2012

Program Pemantapan Minda dan Rohani -2012


2 hari, 3 anak saya yang akan menghadapi UPSR,PMR dan SPM telah menyertai Program Pemantapan Minda dan Rohani Menghadapi Peperiksaan 2012 anjuran Biro Pemuda dan Kebajikan Surau Nur Ikhwan pada 5 hingga 6 Mei 2012 di Surau Nur Ikhwan Taman Rawang Perdana Rawang Selangor.
Terima Kasih kepada Biro Pemuda dan Kebajikan Surau Nur Ikhwan, Pengerusi dan AJK kerana penuh pengisian dengan khiamulail dan pelbagai aktiviti. Semoga anak-anak dapat memantap minda dan rohani serta dapat merapatkan silaturahim antara mereka.

Sabtu, 5 Mei 2012

Mengingati Hari Lahir dan Menghargai kasih serta Sumbangan 2 Orang Terpenting


Selamat Hari Lahir Almarhum suami tercinta Azizul Rahman Bin Azizi  pada -02 Mei 1965 dan Almarhumah Bonda disayangi Hjh Siah Hj Abu Bakar pada -03 Mei 1942.
Selalunya kami sekeluarga akan sambut ulang tahun kelahiran  2 orang terpenting ini dengan makan- makan di luar. Teringat tempat yang menjadi destinasi menyambut ulang tahun  di 'Big Plate' Subang Permai. Sehingga ada anak saya membuat karangan; 'Steak' adalah makanan kegemaran keluarga
Semoga almarhum suami dan bonda yang kini telah kembali kerahmatullah sentiasa dicucuri rahmat Allah swt. Temukan aku dengan mereka di akhirat kelak bersama zuriat kami dalam keadaan yang baik. Kasih sejati tidak boleh dijual beli. Hubungan suci bapa, ibu dengan anak memang sukar dirungkaikan. namun kalau diizinkan Allah swt, sakit rindu itu masih boleh diubati melalui doa, solat Tahajud dan selawat kerana Allah swt akan memberi rahmat ke atas diri arwah.

Isnin, 30 April 2012

Selamat Hari Pekerja 2012 -1 Mei 2012

Muat turun dari google zikrihusaini .com
Selamat Menyambut Hari Pekerja dengan tema 'Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi".
Selamat Bercuti. 

Isnin, 20 Februari 2012

Rumah -'On Progress"-

Hidup mesti diteruskan. Sibuk menguruskan pengubahsuaian rumah. Semoga segala kerja-kerja penyelengaraan berterusan dengan berkatNya. Semua reka bentuk kediaman adalah ilham saya dan anak-anak. Cuma sedikit sahaja saya dapat ingat idea almarhum suami. Idea rumah  yang dapat dizahirkan adalah  mengikut kemampuan budjet yang ada. Doa saya sentiasa semoga rumah ini sentiasa diberkati Allah dan berjaya disiapkan mengikut masa yang dijanjikan.

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidul Rasul 2012/1433


Selamat Menyambut Maulidul Rasul tahun1433/1012. Menghadiri majlis ilmu sempena Maulidul Rasul di Surau Nur Ikhwan Tmn. Rawang Perdana. Kuliah Zohor pukul 12 t hari oleh Ustaz Dr.Abd.Basir dari Bangi.

Happy Birthday to Me

Happy Birthday to Me. Kejutan dari anak-anak sambutan hari jadi hidangan KFC dari duit tabung. Terpaksa crew KFC tutup sementara satu kaunter untuk kira duit syiling. Terima kasih Aiman Hakeem, Aiman Aisyah dan Aiman Asyiqin. Saat dan suasana ini akan mak ingat sampai bila-bila. Anak-anak tak sampai hati bila lihat masej ingatan dari 'handphone' -(My Birthday again 46 without my lovely hubby ).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...