Pengikut

Isnin, 30 Julai 2012

Amanah Raya Berhad -Wasiat FI Pentadbiran


Lama betul urusan Amanah Raya Berhad selepas kembalinya Almarhum suami saya kerahmatullah sejak September 2010. Oleh kerana arwah suami tidak mengambil insuran/MRTA dan hanya mengambil insuran kebakaran sahaja (pinjaman Bank Islam Berhad) saya dan anak anak terpaksa menanggung ansuran bulanan rumah penama arwah suami. Saya pernah memohon penyelarasan ansuran tetapi tidak diluluskan Bank Islam. Kadang-kadang terfikir juga kenapa pihak bank tidak menetapkan pembeli mengambil MRTA (Mati Rumah Tetap Ada).
Oleh kerana rumah arwah suami tiada penama rumah difaraidkan. Saya perlu menukar status nama kerana tiada penama sebelum rumah saya jual. Pihak ARB minta saya buat pembayaran untuk naik mahkamah. tambahan wang perlu kalau tunggu pejabat tanah akan jadi lagi lewat untuk tukar nama.
Saya kena tunggu SMP dan saya juga kena tunggu perentah mahkamah lagi untuk 'Jual Rumah' sebelum pihak pembeli boleh membuat loan. Selepas perintah jual ARB beritahu proses selesai akan memakan masa setengah tahun. Lamanya............................
Baru-baru ini sya dapat FI pentadbiran, Menurut Seksyen 33 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, telah mengenakan fi penerimaan kadar berdasarkan nilai kasar modal harta pusaka arwah.
caj yang dikenakan seperti berikut:
1 SENARAI HARTA
   Harta Tak Alih ; Rumah                   NILAIAN (RM) 000,000.00

   Harta Alih        : Lebihan LHDN + NILAIAN (RM)         000.00
   JUMLAH KESELURUHAN HARTA                         000,000.00

2 FI PENERIMAAN YANG DIKENAKAN                                                          
   4.00% ke atas RM 25,000.00 pertama 4% x 000,000.00 = RM0,000.00
   3.00 % ke atas baki selebihnya            3% x 000,000.00 = RM0,000.00
   JUMLAH FI  dikenakan                                                           RM0,000.00

3 FI Guaman
   i Fi kehadiran mahkamah                 RM 150.00
  ii Petisyen Surat Kuasa Pentadbir     RM 200.00
 iii Fi Saman Pemula                            RM 300.00
     JUMLAH FI GUAMAN                 RM 650.00
* Jumlah yang dinyatakan diatas tidak termasuk perincian perbelanjaan pentadbiran harta pusaka ini dan caj yang sebenarnya akan dimaklumkan dalam penyata akaun bagi akaun harta pusaka nanti.

4 KOMISYEN JUALAN(HARGA RUMAH RM 000,000.00)
   2.00% atas RM 10,000.00 pertama         2% atas RM10,000.00=RM200.00
   1.00% atas RM 40,000.00 selepas           1% atas RM40,000.00=RM400.00
   0.50% atas RM 50,000.00 selepas      0.50% atas RM50,000.00=RM250.00
   0.25% atas RM110,000.00 baki        0.25% atas RM400,000.00=RM275.00
JUMLAH KOMISYEN                                                                  RM1,125.00

 JUMLAH FI DAN KOMISYEN = FI PENERIMAAN+FI GUAMAN+KOMISYEN
 JUMLAH KESELURUHAN      =   RM  8,338.40 

Inilah ceritanya proses penjualan rumah yang tiada penama.
Moral dari cerita data ni semua yang dibuat mestilah ada modal kalau tak ada modal tak selesailah segala kerja.


Sebenarnya banyak proses yang perlu saya dan anak-anak lalui, menguruskan harta pusaka, faraid, pendidikan anak-anak, perbelanjaan harian dan lain-lain. Kebaikannya anak-anak saya faham cara pengurusan setiap kerja yang kami buat bersama. Amanah Allah amat besar tanggungjawabnya. Semoga Allah mempermudahkan dan mempercepatkan segala urusan dan hindarkan kami dari beban hutang.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AmanahRaya memang begitu..makan duit haram...lepas tu proses kerja lembab serupa siput

fudd berkata...

Khas untuk Tanpa Nama..
Adakah anda tahu prosedur kerja Amanah Raya?.. apa yang perlu dibuat apabila ada tuntutan atas si mati.. kerja2 yg perlu dibuat apabila adanya tuntutan.. semua perlu melalui pelbagai agensi.. sebab itu ia makan masa.
Sebenarnya kerja2 akan lebih mudah dan cepat apabila simati telah membuka wasiat di amanahraya..
Berkenaan Fi yang dikenakan.. memanglah kalau ada kerja mesti ada bayaran.. kerja2 tuntutan harta mesti melalui mahkamah, tak boleh buat macam urusan jual beli kat kedai.. kat mahkamah kena bayar gaji hakim, peguam, tukan catit, pak guard yg jaga pintu dan macam2.. awak beli umah pun kena bayar SNP agreement ngan lawyer sampai 1k lebih.. tu x masuk mahkamah pun..
Sekadar berkongsi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...