Pengikut

Selasa, 29 Mei 2012

Cuti Pertengahan tahun 2012 Yang Memenatkan!

Catatan peribadi;
Cuti sekolah kali ini amat memenatkan, saya dan anak-anak telah bertolak balik kampung pada hari Jumaat selepas mengambil Aiman Asyiqin di SRA Ibnu Khaldun  Kg Kenanga Rawang yang menghadiri jamuan KFC sempena KAMIL. Waktu Maghrib kami sampai di Bukit Chandan Kuala Kangsar dengan sebucket KFC. Seronok tidur dirumah Mak Yong dan Mak Yang yang baru di 'makeover' sejuk dan tenang. Selepas sarapan nasi lemak  Mak Yong kami bertolak ke Kulim Kedah untuk menghadiri undangan perkahwinan anak Mak Ndak Embun. Majlis diadakan secara gotong royong. Special menu, nasi carrot dan ayam masala Pak Teh serta cucuq udang Mak Su. Malam pula diadakan BBQ dan sate serta char kuew tiaw. Kami bermalam di rumah Dato' Mokhtar dan Datin Ani di Taman Dahlia Kulim Kedah. Sarapan special di Kulim Kedah nasi lemak bungkus daun pisang 60 sen, pelbagai jenis bengkang, apom lenggang, lepat liat dan tepung bungkus. Rasa terkilan juga bila tak dapat beli dan bawa balik tawkua Kulim panas yang sedap dan lembut.
Hari Ahad, ada jemputan kenduri 'naik buai' di Bkt Chandan Kuala kangsar singgah sebelum balik ke Rawang. Semestinya menu special; Gulai tempoyak ikan patin, masak asam perut, gulai pisang, rendang ayam, gulai daging dll. Sebelum balik kami dijamu lagi dengan yong tau foo air tangan Mak Dah dan buah tangan lepat pisang Mak Yang. Terima kasih semua 2 malam percutian amat bermakna dan penuh aktiviti terutama dapat berjumpa sanak saudara dan oyang Tipah.

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru 16 Mei 2012

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru! Sebahagian besar guru di negara kita adalah wanita. Tidak semua daripadanya sudah menjadi ibu. Akan tetapi, semua ibu di dunia ini adalah guru.Ibu mengajar kita tauhid apabila dia bersembahyang ketika kita masih janin di dalam kandungannya. Sudah tentulah dia yang mengasuh kita adab dan kelakuan- Selalunya 'Bagaimana acuan begitulah kuihnya'. Sebab tangan yang menghayun buaian juga mengasuh akhlak, menanam semangat petriotik, menyemai keberanian dan menyuburkan cinta anak terhadap ilmu, maka 'syurga terletak dibawah tapak kaki ibu'.Semoga kasih kita kepada anak tidak membutakan kita kepada apa yang salah dan apa yang betul. Semoga kita terlebih dahulu menjadi gurunya yang terbaik sebelum kita menyalahkan guru disekolah. Semoga anak kita berbangga yang kita adalah 'Super MOM' sebagaimana kita juga mahu berbangga dengan mereka.

Jumaat, 11 Mei 2012

Perkampungan Buah-buahan Tropika Bukit Gantang Selatan Perak


Jom Melawat Perak. Destinasi yang paling seronok apabila melalui lebuh Raya Utara Selatan dari Utara ke Perak, kita boleh singgah di Perkampungan Buah-buahan Tropika Bukit Gantang Selatan Perak Darul Ridzuan. Pelbagai jenis buah-buahan dijual dengan harga berpatutan. Singgah sini sebab nak merasa buah-buahan yang jarang terdapat ditempat lain sebagai buah tangan untuk keluarga.
(Perjalanan saya dan anak-anak ni tahun lepas selepas habis edah 100 hari peninggalan  almarhum suami. Balik ke Kedah ziarah sanak saudara )
Sedang memilih buah mempelam madu.




Buah Ciku kena gosok dengan guni kulitnya dan sapu kapur makan supaya cepat masak.


Tempat ni  tenang dan tempat solat pun selesa.


Ahad, 6 Mei 2012

Program Pemantapan Minda dan Rohani -2012


2 hari, 3 anak saya yang akan menghadapi UPSR,PMR dan SPM telah menyertai Program Pemantapan Minda dan Rohani Menghadapi Peperiksaan 2012 anjuran Biro Pemuda dan Kebajikan Surau Nur Ikhwan pada 5 hingga 6 Mei 2012 di Surau Nur Ikhwan Taman Rawang Perdana Rawang Selangor.
Terima Kasih kepada Biro Pemuda dan Kebajikan Surau Nur Ikhwan, Pengerusi dan AJK kerana penuh pengisian dengan khiamulail dan pelbagai aktiviti. Semoga anak-anak dapat memantap minda dan rohani serta dapat merapatkan silaturahim antara mereka.

Sabtu, 5 Mei 2012

Mengingati Hari Lahir dan Menghargai kasih serta Sumbangan 2 Orang Terpenting


Selamat Hari Lahir Almarhum suami tercinta Azizul Rahman Bin Azizi  pada -02 Mei 1965 dan Almarhumah Bonda disayangi Hjh Siah Hj Abu Bakar pada -03 Mei 1942.
Selalunya kami sekeluarga akan sambut ulang tahun kelahiran  2 orang terpenting ini dengan makan- makan di luar. Teringat tempat yang menjadi destinasi menyambut ulang tahun  di 'Big Plate' Subang Permai. Sehingga ada anak saya membuat karangan; 'Steak' adalah makanan kegemaran keluarga
Semoga almarhum suami dan bonda yang kini telah kembali kerahmatullah sentiasa dicucuri rahmat Allah swt. Temukan aku dengan mereka di akhirat kelak bersama zuriat kami dalam keadaan yang baik. Kasih sejati tidak boleh dijual beli. Hubungan suci bapa, ibu dengan anak memang sukar dirungkaikan. namun kalau diizinkan Allah swt, sakit rindu itu masih boleh diubati melalui doa, solat Tahajud dan selawat kerana Allah swt akan memberi rahmat ke atas diri arwah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...