Pengikut

Rabu, 30 Disember 2015

CUTI SEKOLAH 2015 DAH NAK BERAKHIR.........

Image result for CUTI SEKOLAH 2015

Duduk tak duduk cuti sekolah dah pun tinggal beberapa hari lagi. Banyak kerja kena siap sebelum buka sekolah pada 4.1.2016. Mesyuarat Guru kali -1 pada 28.12.2015, Mesyuarat HEM  dan Disiplin pada 29.12.2015 dan Mesyuarat Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Seni Visual pada 30.12.2015.
Yang penting susun kerja dan tak kelam kabut.

Sabtu, 7 Mac 2015

2015 Melangkah Dengan Lebih Yakin

Image result for cikgu kema almari lauk


                      
2015 menjanjikan satu cabaran buat kita semua. Inilah masanya kita merangka perbelanjaan dengan bijak dengan cara memilih hanya terbaik dan berbaloi buat sesuatu perkara dalam kehidupan seharian. Kenaikan harga barang dan gelombang ekonomi memerlukan perhatian untuk kita merancang dengan hati-hati perbelanjaan diri dan keluarga. Mulakan kehidupan dengan langkah minda positif, supaya kehidupan tidak terasa bebanan.

Kini dunia semakin pantas. Kita sendiri adakala bagai hamba menurut segala sumber yang dihidangkan. tepuk dada tanya selera. Orang kata zaman kini kian berubah. Manusia sejagat lebih suka dan senang menatap skrin daripada berbicara terus empat mata.Segala bagai perkara disekeliling dikongsi dengan yang lain sebagai  satu hiburan info mahupun iklan tanpa biaya. Dunia yang semakin luas, semakin kecil jaraknya dan semakin banyak ilmu kita perolehi dari serata ceruk pelusuk dunia.

Doa semoga hidup diberkati Allah swt.


                       
             



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...