Pengikut

Sabtu, 7 Mac 2015

2015 Melangkah Dengan Lebih Yakin

Image result for cikgu kema almari lauk


                      
2015 menjanjikan satu cabaran buat kita semua. Inilah masanya kita merangka perbelanjaan dengan bijak dengan cara memilih hanya terbaik dan berbaloi buat sesuatu perkara dalam kehidupan seharian. Kenaikan harga barang dan gelombang ekonomi memerlukan perhatian untuk kita merancang dengan hati-hati perbelanjaan diri dan keluarga. Mulakan kehidupan dengan langkah minda positif, supaya kehidupan tidak terasa bebanan.

Kini dunia semakin pantas. Kita sendiri adakala bagai hamba menurut segala sumber yang dihidangkan. tepuk dada tanya selera. Orang kata zaman kini kian berubah. Manusia sejagat lebih suka dan senang menatap skrin daripada berbicara terus empat mata.Segala bagai perkara disekeliling dikongsi dengan yang lain sebagai  satu hiburan info mahupun iklan tanpa biaya. Dunia yang semakin luas, semakin kecil jaraknya dan semakin banyak ilmu kita perolehi dari serata ceruk pelusuk dunia.

Doa semoga hidup diberkati Allah swt.


                       
             



Jumaat, 5 September 2014

WADAH KREATIF


Rumah bagi saya tidak ubah seperti stail pakaian dan penampilan-perlu memterjemahkan personaliti diri dan peribadi. Ia harus memiliki sentuhan dan air tangan pemiliknya, baru anda boleh gelar rumah anda itu home kerana ia milik anda!.
"Decorate your home. It gives the illusion that your life is more interesting than it really is."-Charles M.Schulz        Menghias rumah wajar menjadi wadah kreatif kita Kebanyakan masyarakat Malaysia menyalaherti konsep seni hias Inggeris dengan dekorasi sarat bunga mawar sedangkan ianya lebih daripada itu. Saya suka merujuk Majalah GLAM Deko kerana lebih bercita rasa dan bisa menyuntik elemen glamor serta mewah.
Kediaman baru saya dan anak-anak memerlukan major ubahsuai kerana kami beli tanah 20m x90m rumah tinggal. Saya juga memerlukan tema makeover dan DIY. Jika sesetengah orang memerlukan konsultan luar atau pereka hias dalaman bagi mengerakkan projek ubah suai,  saya memilih anak-anak sebagai pasukan yang benar-benar bertauliah, arif dan faham cita rasa, barulah ubahsuai menjadi. Saya percaya anak-anak pasukan terbaik yang mampu membantu menjadikan idea ini wadah kreatif dalam merialisasikan mahligai impian.

Rabu, 21 Mei 2014

CIKGU KEMA Kembali

PROFIL DAN SENARAI TUGAS  :NORAKMAR BINTI YUSOFF
SMK Rawang 48000 Rawang Selangor
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Lukis & Seni Reka Grafik- Ijazah  Kelas Pertama
Kelulusan Ikhtisas     : Diploma Pendidikan Seni -UiTM Shah Alam Selangor -Opsyen PSV dan BM
A. GC Pend Seni Visual -PPP(Siswazah) DG48
AJK Guru Cemerlang  PSV Daerah Gombak
B. BIDANG KURIKULUM:
Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Ting 3,4 dan 5 ,Guru Perpustakaan, Panel Kurikulum Pemilihan tingkatan 4, Jawatan kuasa Jadual Waktu Sekolah, Setiausaha Bilik kebal.
C. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
 J/Kuasa Induk HEM-Penyelaras Tingkatan 4, Jawatankuasa Disiplin, Jawatan Kuasa Penyelaras Tingkatan, Jawatankuasa Data Pelajar, Jurugambar Sekolah dan Jaatankuasa Majalah sekolah.
D. PENGURUSAN KOKURIKULUM
Ketua Penasihat Kelab Fotografi, Guru penasihat Pandu puteri, Ketua penasihat Rumah Garuda-Hijau
E. PENGURUSAN SEKOLAH
 Jawatan kuasa Sistem Maklumat -Penyelaras Tingkatan 4, Jawatan Kuasa Sistem Pengurusan sekolah
 kualiti SPSK, Jawatankuasa /Juru Audit 5S, Guru Bertugas Harian Barisan pentadbir dan Guru DG 48,
 Guru Bertugas Mingguan dan Guru Relief.

Selasa, 24 September 2013

DOA


"Allah humma a'inney alla zikrika washukrika,wahusni,,ibadatika" 
Ya Alllah tolonglah aku memperelokkan ibadahku                                                                       

Jumaat, 15 Februari 2013

2611/3 Seni Arca


Arca berasal dari perataan 'sculpere' yang ermaksud mengukr,menebuk,memotong,melarik dan sebagainya. Arca merupakan hasilan seni berbentuk 3 Dimensi 3D yang biasanya diperagakan dalam suatu ruang tertentu untuk dikaji dan dinikmati nilai estetiknya. Seni arca menekankan pertalian dua unsur utama iatu jisim dan ruangdalam pengkaraan. Penghayatan estetik melibatkan penghayatan deria pancaindera di sekelilingnya dari pelbagai sudut pandangan.Permukaan arca dapat di rasa serta dipandang dari pelbagai sudut.Bentuk arca estetik bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak.
A Jenis arca
1.Arca estetik
2 Arca berfungsi

B.Jenis dan Bentuk Arca
-Arca Bergerak atau arca mobail
Arca ini dikenali sebagai seni kinatik kerana kemampuannya untuk bergerak ,berputar atau berombak.Pengarca Amerika Alexender Calder (1898-1976) merupakan pelopor yang mula-mula memperkealkan teknik ini pada awal tahun 1930an. Bahagian-bahagian yang bercantum pada sendi-sendi  membolehkan arca jenis ini bergerak
imej google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...