Pengikut

Ahad, 29 November 2009

Cuti-cuti Malaysia dan Year And Sale-YES

Hari ni lepas sarapan di Bandar Baru Selayang ke Kuala Lumpur Shopping YES di Bkt Bintang Plaza, Sg Wang Plaza dan Times Square. Sempat tengok wayang 3D A Chrismas Carol  di Times Square. Janji anak-anak happy.




Sabtu, 28 November 2009

Dedikasi kepada Muslimah


 

Book Mark - kepada Ulat Buku

Book Mark kepada ulat buku, aktiviti ni boleh dilakukan dalam masa cuti sekolah supaya menambah minat  anak-anak membaca buku cerita /buku ulangkaji. Selamat membaca.

 


Book Mark ni boleh dibuat dari kain ataupun kertas







 

Jumaat, 27 November 2009

Mini topiari


Drawing -Pencil Colour- Roses

Dalam kamus 'The Oxford'; lukisan atau drawing diistilahkan sebagai; 'The art of representing by line, delineation without colour or with a single colour' Jelas sekali lukisan hanya lah sebuah karya daripada garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad.
Melukis dikatakan dapat memberikan kesan keindividuan dan keaslian kepada pelukis. ini adalah kerana kerja melukis biasanya dilakukan secara spontan yang melibatkan gerak hati dan perasaan melalui gerak tangan.





 

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Korban, Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji adalah perayaan terbesar yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadah haji di Mekah dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya



Pada hari raya, umat Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian. Saya dan keluarga telah selamat mengerjakan sembahyang sunat Aidil Adha diimamkan oleh En. Helmi Bin Mohd Isa dan khutbah dibaca oleh suami saya En Azizul Rahman Bin Azizi.
Esok Ibadat korban akan diadakan. Ibadat korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Rabu, 25 November 2009

3D Pop Art Card

Jika tak sempat beli kad, kita masih berpeluang menggunakan kertas warna untuk membuat kad yang simple dan cantik. Hanya guna pisau sahaja.

 

 

 

Bag Hook

Ingatan untuk orang perempuan...., jika pergi keluar kemajlis-majlis rasmi atau tak rasmi jangan lupa bawa beg hook dan jangan letak beg bawah meja, atas meja atau atas kerusi.





Home Sweet Home - Taman Rawang Perdana

Mestilah kita selalu melancong pada waktu cuti sekolah? Rasa cukup liat nak keluar rumah pada waktu ini ramai sangat orang di pantai, hotel dan tempat peranginan lain.Saya ada beberapa tugasan sekola yang belum selesai. Perancangan masa cuti sekolah untuk anak-anak perlu bersesuaian supaya setiap aktiviti dirancang dapat diisi.
1.Kemas rumah bersama anak-anak,2.Banyakkan latihan sekolah setiap hari,3.Sediakan makanan sendiri seperti menanak nasi, mengatur salad dan masak sup.4.Menonton dengan minda,5.Main,6.Baca,baca,baca,7.Rancang kegiatan dan 8.Yang penting dan utama sembahyang berjamaah dengan keluarga dan adik beradik. Cuti sekolah juga mengajar anak-anak sayang dan suka duduk dirumah.




 
Pemandangan Taman Rawang Perdana dengan mercu tanda Larfage


Isnin, 23 November 2009

Paper Craft


Straw paper craft boleh diletakkan atas cup cake idea untuk birthday party.



Up-grade bathroom

Lega rasanya baru selesai up-grade bilik air. Nampaknya tak dapatlah bersantai-santai.Lepas ni kena kemas rumah lagi.

Cuti Sekolah- Pi Mai Pi Tang Tu- Pulau Pinang

Cuti sekolah dah pun bermula, tempat percutian yang menjadi kegemaran keluarga saya adalah Pulau Pinang. Setahun 2-3 kali kami akan bercuti kesini. Bulan 6 dan bulan 10 saya dan keluarga dah ke Pulau Pinang dan rasanya bulan 11/12 ni kami akan pergi lagi.
Penang memang happening.........  dan tak pernah rasa jemu.

Times Square Pulau Pinang yang masih belum beroperasi sepenuhnya



Khamis, 19 November 2009

Batu Pemberat Kertas


Kraf Batu adalah suatu idea yang boleh menenangkan minda.Batu yang cantik adalah batu yang boleh didapati dari sungai. Kraf ini boleh digunakan untuk mengelakkan kertas dari ditiup angin. Selamat bercuti kumpul batu dan hasilkan kraf .    
 
 





Selasa, 17 November 2009

Book Cover (Pembalut Buku)

Semasa saya mengajar di SMK Jln San Peng Kuala Lumpur kini SMK Dato' Onn  seorang pelajar cina Pengawas Perpustakaan telah menghadiahkan saya buku latihan hard cover berbalut yang dijahit sendiri. Pembalut tu  saya masih simpan dan guna hingga sekarang kerana ianya boleh dibasuh.





 

                                                                                                                                                        



Kampung Halaman

Sesuaikah rumah Melayu kampung dihias ala english country?

Isnin, 16 November 2009

My Hometown Kulim Kedah

"A sweetly naturalistic memoir...... my hometown Jln Tunku Bendahara Kulim Kedah. Pekan Kulim yang kian sempit dan sibuk.  Tadika Darul Aman,Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Kulim yang kini dah jadi PPD, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim dan banyak lagi memori indah yang tak dapat dilupakan.
Bagi sahabat saya En Pie yang dah lama tak balik Kulim elok bawalah keluarga kesini. Jika tak pun boleh lah melepaskan kerinduan kampung halaman dengan gambar-gambar ini.

 




Jam Besar Kulim yang dibertarikh 1957



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...