Pengikut

Khamis, 19 Mei 2011

Nasi Arab- Diraikan Sahabat vs Jiran sekali Lagi

Nasi Arab yang menyelerakan......
Terima kasih  En Ismail dan Pn Kelly sekeluarga.
Kakak Aiman yang dah tak sabar-sabar nak menjamah nasi Arab
Alia dan Aisyah
Aisyah, Kak Yong Aqila dan Asyiqin.

Minggu lepas sekali lagi keluarga saya diraikan sahabat vs jiran sebelah. Kami dibawa makan nasi Arab di Ampang Kuala Lumpur. Kakak Aiman diraikan kerana berjaya ke IPTA 21 Mei 2011 ni.
Terima Kasih Banyak-banyak.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita kejalan Allah.

Terima kasih sahabat vs jiran walaupun suami saya En Azizul Rahman hampir lapan bulan meninggalkan kami hubungan persahabatan ini tetap terjalin. Semoga anak-anak akan terus menyambung silaturahim ini. Dengan mereka telah membuatkan kami rasa terjamin, gembira, penuh sokongan dan selesa yang tidak akan kami perolehi daripada orang lain.

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011

 
Selamat Hari Guru "Guru Penjana Tranformasi Negara" 
Bertuahnya saya pada bulan Mei ini kerana sebagai seorang ibu dan seorang guru saya dapat meraikan dua hari besar dalam hidup saya. Kedua-dua keraian ini amat bermakna .Guru sebagaimana kita ketahui pendidik anak bangsa. Setiap tutur kata, setiap tingkah laku dan setiap gerak geri yang kita tunjukkan kepada pelajar menjadi ukuran dan teladan. Saya berharap menjadi guru yang dikasihi dan dicontohi pelajar. Kepada semua yang bergelar guru selamat mendidik anak bangsa. Hormatilah jawatan kita sebagai guru kerana itu penentu bukan sahaja anak orang yang kita didik tetapi anak  kita yang duduk dibangku sekolah turut melalui apa yang kita lakukan kepada pelajar kita. 
Kata orang What you give is what you get! dan Selamat Hari Guru dan Hari Ibu.
Guru Pelatih last day hari ini setelah 3 bulan di SEMEKAR           


Ahad, 8 Mei 2011

Happy Mother Day 2011


Now that… my kids are grown, I understand how much work and love it takes to raise and to keep a family together.  The example of your strength, devotion, and patience is now rippling through the generations.  Thank you!
Tidak ada apa yang paling mengembirakan bila bertemu jodoh dan dikurniakan Allah menjadi seorang
ibu. Seseorang ibu itu akan merasa paling bahagia bila dikasihi dan mempunyai keluarga yang bahagia dengan anak-anak yang menjadi penyejuk mata ,soleh dan solehah, sihat dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Hadiah yang paling istimewa adalah: Sempena hari ibu ini saya berasa bersyukur dan bahagia bila Kakak Aiman Asyran berjaya ke Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar Perak dalam jurusan Diploma in Fine Art (Dip. Seni Halus) Seni Lukis dan Seni Reka. Rasa terlalu cepat masa berlalu 21hb Mei 2011 adalah hari pendaftaran. Kalaulah En. Azizul Rahman ada..... dialah yang paling gembira.

Rabu, 4 Mei 2011

Umur,Ilmu dan Penampilan - Hjh Siah Binti Abu Bakar dalam Kenangan


Umur, ilmu dan penampilan.... 3 perkara ini yang saling berkait. Apabila berumur kita sering bertanya dalam diri, "Sudah cukup ilmu yang aku miliki?" Selain ilmu dunia tidak dinafikan ilmu akhirat harus dikejar. Jika diusia ini ada yang masih tidak ingat tentang perkara tersebut..... sedarlah dari kealpaan. Penampilan? Ramai dikalangan kita wanita yang agak keliru dengan penampilan bersesuaian usia. Usah takut bergaya asalkan sopan dan sederhana. Kecantikan diusia 40an & warga emas tidak hanya terletak pada fizikal malah kecantikan spiritual lebih dipandang tinggi. Jika anda memiliki kedua-duanya sudah tentu ianya suatu kelebihan.
Teringat semasa emak tinggal bersama keluarga saya selepas pencen kerana katanya duduk dengan cikgu tak sunyi balik awal. Emak tinggal dengan saya dari 1997-2005. Emak terpaksa balik ke Kulim kerana mendapat slot dialisis jauh iaitu di Hospital Sg Buluh. Sebelum tu emak saya mengidap sakit buah pinggang pada 2004 dan menjalani dialisis di Edina Hemodialisis Pusat Bandar Rawang dan Hospital Selayang. Memang berat hati menghantar emak balik ke Kulim kerana jarak Hospital Kulim dari rumah adik saya di Taman Mutiara Sg Kob Kulim lebih dekat berbanding Rawang ke Sg Buluh. Walaupun emak ke hospital untuk rawatan dialisis dia tetap nampak sihat macam hendak ke pejabat cantik dan bergaya sehingga menjadi model dialisis hospital Selayang dan Kulim. Saya hari-hari akan telefon emak sehingga bila dia telah tiada rasa amat kehilangan. Semasa bersama adik dan ipar saya emak telah dihantar ke Pusat Jagaan Harian Warga Emas Sg Kob Kulim Kedah. Di situ emak dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan pelbagai aktiviti sementara menunggu adik saya datang menjemput pukul 5.00 petang.
Kini sempena mengingati Hari Jadi emak yang jatuh pada 3.5.1942 saya terbayangkan waktu sama-sama menyambut Hari Lahir Suami 2.5.1965  dan emak di Restoran makanan Itali. Emak pengorbanan mu tak ternilai.

Isnin, 2 Mei 2011

Diraikan Sahabat vs Jiran Sebelah

Restoran Ayam Penyet Berapi Gombak

Baru-baru ni Sahabat vs Jiran sebelah Keluarga En Ismail dan Pn Khalidah (Uncle Mero dan Aunty Kelly) telah membawa saya dan anak-anak makan malam di Restoran Ayam Penyet Berapi Gombak. (Sebenarnya orang yang diraikan adalah Kakak Aiman Asyran). Terima kasih banyak-banyak.Selepas tu kami pergi window shopping di night market gombak.

En Ismail adalah sahabat suami saya sejak kecil yang berlangsung dari persahabatan bapa mereka En. Azizi dan En Mutalib. Persahabatan menjadi semakin erat bila suami saya sama-sama belajar tingkatan 6 di Ipoh sebelum ke tingkatan 6 atas SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar Perak, bekerja di P.Pinang dan sama-sama belajar di Fakulti sama School of Art and Design UiTM 1986-1990. Suami  & saya , Mero & Kelly dari fakulti yang sama telah berkahwin dan pernah hidup serumah selama 6 bulan selepas kami berkahwin, apabila saya dan suami berpindah dari Seremban ke Kuala Lumpur. Ketika itu, Mero tinggal seorang kerana Kelly bertugas di SMVMuar Johor yang balik bila hujung minggu. Kami tinggal bersama dari saat saya megandung 6 bulan sehingga melahirkan anak pertama, sebelum kami berpindah ke Desa Pandan Kuala Lumpur. Terima Kasih banyak-banyak. Tidak semua orang dapat bertahan hidup dua keluarga dalam satu rumah
Sebenarnya hubungan persahabatan merupakan suatu 'gift' atau pemberian Allah swt kepada semua makhluk yang bernafas dibumi ini yang tidak ternilai harganya. Hubungan yang berlaku pada hakikatnya sebenarnya berkait-rapat dengan hubungan darah (keluarga). Oleh itu, hubungan yang tidak berkaitan langsung dengan hubungan darah barulah dikategori sebagai hubungan persahabatan.
Persahabatan umpama tangan dan mata . Ketika tangan terluka, mata menangis, dan saat mata menangis, tangan menghapuskan air mata. Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi.
Terima kasih keluarga Mero dan Kelly yang menjadi penjaga, penasihat keluarga saya setelah suami saya kerahmatullah.

You're Unforgettable Husband -Azizul Rahman Bin Azizi

 Selamat Hari Jadi En Azizul Rahman Bin Azizi yang ke 46 tahun pada 2.5.2011. Kali ini kita akan menyambutnya dengan menziarahi kubur dengan bacaan yassin dan tahlil arwah.
Terima kasih kepada Kak Dah dan  Azizul Rahim sekeluarga yang pagi-pagi lagi datang kerumah selepas mensiarahi kubur arwah dengan bacan yassin dan tahlil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...