Pengikut

Ahad, 26 Jun 2011

Ruang Masa Untuk Diri Sendiri


Saya setuju ruang 'Elina Menulis' dalam majalah Jelita Jun 2011, Masa untuk diri sendiri, boleh?
Sejak kebelakangan ini saya juga berasa kerja bertambah. Satu hari tak menang tangan. Saya juga tahu keadaan ini akan memudaratkan kesihatan, sekiranya begitulah kebiasaan sehari-hari, tanpa rehat yang mencukupi. Lagipun bagaimanakah saya ingin menjadi ibu yang peka terhadap anak-anak yang kian membesar. Beberapa langkah perlu saya fikir dan perlu diambil.
_ berhenti sejenak untuk bernafas.
- Buat senarai keutamaan beri kepada 3 bahagian; A-Penting, B-Kurang penting dan, C- Tidak Penting.
- Mesti bersenam?
-Internet? Setelah semua kerja beres.
-Masa untuk kawan-kawan. Bersosial di kantin saat yang paling menyeronokkan.
-Kuatkan daya ingatan dengan mengaji al-Quran
-Rancang aktiviti dan persediaan mencuri masa
Sebagai ibu kita sering mementingkan orang lain dari diri kita sendiri sehingga keperluan diri terabai.
Kini saya akan menjalankan tanggungjawab dengan merancang masa dan  mengkhaskan sedikit waktu untuk diri sendiri.

Jumaat, 24 Jun 2011

Masih belum terlewat mengingatkan Selamat Hari Bapa


Setelah hampir beberapa minggu menyepi diri menyemak kertas peperiksaan. Hari ni tibalah masa Hari Bertemu Pelanggan.(menyerahkan keputusan anak-anak kepada ibu bapa dan penjaga). Rasanya belum terlambat mengingatkan Hari Bapa pada 19 Jun 2011. Sebenarnya saya tidak pernah menyambut Hari Bapa sekadar mengingati hari tersebut sahaja. Saya tidak pernah merasa kasih sayang seorang bapa setelah bapa saya yang tidak pernah saya kenal rapat En Yusoff Bin Ahmad telah kembali kerahmatullah pada 6 November 1967 semasa berumur 31 tahun pada pukul 10.40 pagi  kerana lemas ketika berkerja luar sebagai juruteknik Jabatan Ukur Tanah. Semasa saya berumur 1 tahun lapan bulan dan adik lelaki saya 6 bulan dalam kandungan.
Kepada sesiapa yang bergelar Bapa "Selamat Hari Bapa".

Khamis, 2 Jun 2011

Mei Yang Penuh Bermakna

Bulan Mei adalah bulan yang paling bermakna, 1 Mei adalah Hari Pekerja, 2 Mei hari ulangtahun kelahiran Almarhum suami saya Azizul Rahman Bin Azizi, 3 Mei hari ulangtahun kelahiran ibu saya Hjh Siah Binti Hj Abu Bakar, 8 Mei hari Ibu dimana saya gembira dalam kesedihan apabila anakanda saya dapat ke UiTM, 15 Mei Hari Guru, saya menyambut dengan hati yang gembira dan hiba bila saya mendapat GC -PSV tanpa suami tercinta. 17 Mei hari Wesak tak sambut tetapi seronok bercuti. 19 Mei saya dan anak-anak telah mengadakan kenduri tahlil arwah dan doa selamat di Surau Nur Ikhwan Taman Rawang Perdana. Doa dibaca oleh Ustaz Hj Md Zain. 20 Mei bertolak ke Ipoh rumah Kakak Ipar dengan anak-anak. 21 Mei ke UiTM Sri Iskandar menghantar Kakak Aiman Asyran yang akan mengambil Diploma Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.
Kakak Aiman Asyran di Kolej Pasir Salak
Hakeem, Ecah, Hazeerah dan Syiqin dibilik Kak Aiman
Berkelah di depan kolej Pasir Salak
Terima kasih Mak Mie yang bangun awal pagi masak bekal yang sedap dan menyelerakan.
Asyiqin dan Hazeerah bukan tak cukup pinggan tapi suka makan satu pinggan
Ayah Chor Kama  hingga tak sempat duduk
Aiman Hakeem sempat lepak di Hostel perempuan
Dalam saya dan anak-anak kesunyian dirumah, selepas seminggu Minggu Desteni Siswa kakak Aiman Asyran balik naik Kereta api dari Stesyen Batu Gajah ke Rawang pada 27 Mei. Nak lepas rindu katanya. Terpaksalah saya dan anak-anak berjalan tanpa dirancang hantar sekali-lagi Kakak Aiman balik ke UiTM pada 29 Mei pergi dan balik Rawang semula. Nampaknya saya berjaya berdikari dalam perjalanan dengan bantuan GPS.
Terima kasih kepada sahabat dan kawan-kawan : keluarga Cikgu Jamani, Pn Mariha, Pn Suriawaninee yang bercadang menghantar Kakak Aiman Asyran ke Uitm. Kepada Cikgu Kelly, Cikgu Noraidah dan Hjh Mimi yang tak henti henti memberi info. Kepada yang bersedekah pada Kakak Aiman Asyran dan kepada Pn Jamani sekeluarga yang memberi sedekah musim cuti sekolah untuk anak-anak saya serta tokeh Kedai Acheh. Setiap rezeki yang diterima adalah dari Allah.Semoga semunya dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...