| Masjid Nurul Iman Rawang Selagor |
Majlis di mulakan 5.15 petang di dahului ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis dan doa oleh Tuan Imam Masjid. Kemudian Ucapan oleh Sdr. Ilham Akhbar Bin Harun Nazir Masjid, Ucapan Tn Md Sabri Bin Md Taib Ahli Majlis Zon 19, MPS, Ucapan YBhg. Ust. Ahmad Nazri Bin Ibrahim Penghulu Mukim Rawang 1 dan Ucapan YB Cik Gan Pei Nei ADUN Rawang.
Penyampaian Sumbangan kepada Surau-surau di Zon 19 MPS disampaikan oleh Tn Md Sabri Md Taib dan sumbangan hamper kerajaan Negeri kepada anak-anak yatim. Pihak Masjid memberi sumbangan duit kepada anak-anak yatim yang berdaftar. 3 anak saya bawah 15 tahun kini telah yatim dan semoga kami tabah menghadapi Bulan Ramadhan terutama 10 hari terakhir.
Majlis berbuka puasa diiringi juadah istimewa nasi beriani. Selepas solat maghrib kami sekeluarga bertolak balik sembahyang Isyak dan sembahyang sunat terawih, witir serta tazkirah di Surau Nur Ikhwan Tmn Rawang Perdana.
Terima kasih kepada semua pihak.
Tahun lepas suami saya masih diberi peluang Allah swt merasai Ramadhan terakhir 1431 sebelum kembali kerahmatullah pada 19 Syawal 1431H Semoga rohnya sentiasa dicucuri Allah swt. Amin.


















