" Terima Kasih" Institut Kraf Negara Rawang Selangor kerana sudi menjemput Guru-guru Pendidikan Seni Visual dan pelajar-pelajar ke SMK Rawang ke Majlis Konvokesyen pada 9 November 2011.
Pelajar-pelajar Tingkatan 2 Rafflesia, 2 Alamanda dan 2 Yasmeen diiringi oleh Pn Khalidah, Pn Norakmar, Pn Zuraida dan Pn Suhana
Kami diberi masa 10.00 pagi hingga 12.30 tghari melawat gerai jualan (Lawatan Berpandu)
Pn Khalidah ,saya dan cikgu-cikgu lain mengambil kesempatan membeli hasil produk pelajar seperti almari ukiran, rak buku dengan harga berpatutan. Seperti biasa tak ketinggalan membeli kain batik tulis hasil kerja siswa-siswi IKN yang berkualiti.
 |
| Pelajar diberi peluang mencuba mencanting batik dengan harga RM 3 satu design dengan bantuan pelajar IKN |
 |
| Pn Khalidah sedang bersama produk pelajar yang telah kami borong. |
 |
| Pelajar diberi taklimat ringkas tentang Institut Kraf Negara |
 |
| Sebelum balik kami diberi beg cenderahatidari pihak IKN | | | | | | . | | |
|
Terima kasih Daun Keladi Lain Kali jemputlah lagi.
Pada 12 November 2011 IKN sekali lagi menemput 2 orang guru Pendidikan Seni Visual menghadiri Bengkel Ukiran Kayu dari pukul 8.30-12.30 thari.
Guru diwakili Pn Norakmar dan Pn Zuraida