Pengikut

Isnin, 30 Julai 2012

Amanah Raya Berhad -Wasiat FI Pentadbiran


Lama betul urusan Amanah Raya Berhad selepas kembalinya Almarhum suami saya kerahmatullah sejak September 2010. Oleh kerana arwah suami tidak mengambil insuran/MRTA dan hanya mengambil insuran kebakaran sahaja (pinjaman Bank Islam Berhad) saya dan anak anak terpaksa menanggung ansuran bulanan rumah penama arwah suami. Saya pernah memohon penyelarasan ansuran tetapi tidak diluluskan Bank Islam. Kadang-kadang terfikir juga kenapa pihak bank tidak menetapkan pembeli mengambil MRTA (Mati Rumah Tetap Ada).
Oleh kerana rumah arwah suami tiada penama rumah difaraidkan. Saya perlu menukar status nama kerana tiada penama sebelum rumah saya jual. Pihak ARB minta saya buat pembayaran untuk naik mahkamah. tambahan wang perlu kalau tunggu pejabat tanah akan jadi lagi lewat untuk tukar nama.
Saya kena tunggu SMP dan saya juga kena tunggu perentah mahkamah lagi untuk 'Jual Rumah' sebelum pihak pembeli boleh membuat loan. Selepas perintah jual ARB beritahu proses selesai akan memakan masa setengah tahun. Lamanya............................
Baru-baru ini sya dapat FI pentadbiran, Menurut Seksyen 33 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, telah mengenakan fi penerimaan kadar berdasarkan nilai kasar modal harta pusaka arwah.
caj yang dikenakan seperti berikut:
1 SENARAI HARTA
   Harta Tak Alih ; Rumah                   NILAIAN (RM) 000,000.00

   Harta Alih        : Lebihan LHDN + NILAIAN (RM)         000.00
   JUMLAH KESELURUHAN HARTA                         000,000.00

2 FI PENERIMAAN YANG DIKENAKAN                                                          
   4.00% ke atas RM 25,000.00 pertama 4% x 000,000.00 = RM0,000.00
   3.00 % ke atas baki selebihnya            3% x 000,000.00 = RM0,000.00
   JUMLAH FI  dikenakan                                                           RM0,000.00

3 FI Guaman
   i Fi kehadiran mahkamah                 RM 150.00
  ii Petisyen Surat Kuasa Pentadbir     RM 200.00
 iii Fi Saman Pemula                            RM 300.00
     JUMLAH FI GUAMAN                 RM 650.00
* Jumlah yang dinyatakan diatas tidak termasuk perincian perbelanjaan pentadbiran harta pusaka ini dan caj yang sebenarnya akan dimaklumkan dalam penyata akaun bagi akaun harta pusaka nanti.

4 KOMISYEN JUALAN(HARGA RUMAH RM 000,000.00)
   2.00% atas RM 10,000.00 pertama         2% atas RM10,000.00=RM200.00
   1.00% atas RM 40,000.00 selepas           1% atas RM40,000.00=RM400.00
   0.50% atas RM 50,000.00 selepas      0.50% atas RM50,000.00=RM250.00
   0.25% atas RM110,000.00 baki        0.25% atas RM400,000.00=RM275.00
JUMLAH KOMISYEN                                                                  RM1,125.00

 JUMLAH FI DAN KOMISYEN = FI PENERIMAAN+FI GUAMAN+KOMISYEN
 JUMLAH KESELURUHAN      =   RM  8,338.40 

Inilah ceritanya proses penjualan rumah yang tiada penama.
Moral dari cerita data ni semua yang dibuat mestilah ada modal kalau tak ada modal tak selesailah segala kerja.


Sebenarnya banyak proses yang perlu saya dan anak-anak lalui, menguruskan harta pusaka, faraid, pendidikan anak-anak, perbelanjaan harian dan lain-lain. Kebaikannya anak-anak saya faham cara pengurusan setiap kerja yang kami buat bersama. Amanah Allah amat besar tanggungjawabnya. Semoga Allah mempermudahkan dan mempercepatkan segala urusan dan hindarkan kami dari beban hutang.


Ahad, 29 Julai 2012

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah dipertemukan lagi hambamu ini dengan Bulan Ramadhan. Sesungguhnya Ramadhan mengamit keinsafan serta mengisi bekalan dan takwa. Ramadhan membuat kita bertambah skil iman, rohani, jasmani serta skil memasak. Namun yang paling menyentuh hati saya kehilangan Almarhum suami yang masuk 2 kali bulan Ramadhan. Terlalu banyak suka duka yang disimpan bersama arwah suami. Terkenang juga kenangan arwah ibu saya Hjh Che Siah yang pernah tinggal dengan kami sekeluarga setelah pencen, kami sibuk menyediakan juadah berbuka dan  dan sama-sama bersembahyang trawih. Saya tiada kenangan bersama arwah bapa yang telah kerahmatullah ketika saya 1 tahun 8 bulan. Benar janji Allah, tidak akan dilewat atau dipercepatkan walau sesaat apabila Dia mahu hambanya kembali kepadaNya. Ku pohon padaMu, damailah almarhum suami Azizul Rahman Bin Azizi, almarhum bapa, Yusoff Bin Ahmad, almarhum bapa mertua Azizi Bin Osman, almarhum tokwan yang menjaga saya dari kecil Hj Abu Bakar Bin Ahmad, dan almarhumah ibu Hjh Che Siah dan ibu mertua Hjh Endon Yeop Jaafar. al Fatihah.

Pabila Ramadhan tiba saya dan anak-anak menjalankan ibadah puasa seperti biasa tiada yang luar biasa. mengisi Ramadhan dengan tadarus dan bacaan al-Quran dirumah, berbuka dan ke Surau Nur Ikhwan, sembahyang Isyak, sembahyang sunat, bertahlil, sembahyang sunat trawih 8 rokaat dan sunat witir 3 rokaat. dengar taskirah dan more. Balik buat kerja sekolah dan ajar anak-anak, tidur dan bangun masak dan bersahur  dan begitulah rutin hari-hari sepanjang bulan Ramadhan. Setakat ini saya masih bertahan masak sendiri dan tak pergi ke Bazaar Ramadhan. Anak-anak saya tiada masalah berpuasa kerana mereka dah biasa dididik berpuasa tanpa ponteng sejak berumur 5 tahun, berpuasa sunat 6 selepas aidil fitri dan berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
Nampaknya belum rezeki berhari raya di rumah baru. Langsir sambut Ramadhan bulan dan bintang.

Sabtu, 14 Julai 2012

Tersentuh Hati


Tersentuh hati bila Danny Tan (Tan Ken Hwa) siswa TARC menulis di FB pada 8 Julai 2012 ;

Regret last time when I was secondary school didn't listen to my drawing teacher!!!
Regret last time when I was in secondary school always "Ponteng" her class!!!
Regret last time when I was in secondary school didn't summit her homework!!!
Regret last time when I was in secondary school didn't respect her!!!
Regret last time whwn I was in secondary schol sleep in her class!!!
Until now only I know she's still watching us growing.......
How hard she teach (knowledge) .....and how easy we throw it away (knowledge)...
Now I'm here and I would Like to say Thank You Teacher Norakmar Yusoff, and sorry for my action last time when I was in your class.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...